
Macam Apple Donut Perisa Pandan Segebu Kapas
Donut Apple viral by FienazShafie – kali ni donut perisa pandan pula. Tekstur gebu macam kapas! bak kata org putih Fluffy, Lembut sampai kemalam tak keras. Tengah musim mendonut kan. Buat minum petang sambil hirup teh o panas layanzz je!. Nak buat tak susah pun. Campak je semua bahan dalam breadmaker lepas tu uli, mudah tau!.
Bahan resepi Donut Apple perisa pandan – Gebu kapas; (berat setiap 1 doh 38g = 25 biji donut)
Rendam 1 pkt yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit (kak guna instant yis mauripan. Masa rendaman bergantung yis hampa kalau dah kembang naik 4 kali ganda tu walaupun tak sampai 30 minit dah boleh.)
Bahan Uli:
- 2 1/2 cwn Tepung Gandum
- 1 1/2 cwn Tepung high protein jepun (tepung roti)
- 2 biji telur gred A
- 1 sk baking powder
- 1 sk garam
- 3sb gula kastor
- 10ml full cream milk (UHT milk)
- 2 sb + 1sk Majerin
- 2 sb + 1sk K-fine cream super (wajib utk gebukan doh)
- Perisa Pandan (optional nak letak @ tak atau nak letak perisa apple pun boleh)
- Pewarna hijau Tua – (kak guna pewarna gel base food colouring)
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough. Bila dah nampak doh terbentuk, titiskan pewarna kemudian Lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk atau besen. Kemudian tutup dengan plastic wrap.
2. Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam. Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan lenyekkan. Kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 38g.
3. Lepas tu, bulatkan dan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sebab baking paper fungsinya supaya donut tak melekat mudah nak goreng).
4. Lenyekkan doh, kemudian lubangkan ditengah donut (kak guna besi yang deko icing cake je kalau hampa tak dak guna la apa-apa janji ada lubang kat donut).
5. Tutup sat donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang sat. Kemudian baru goreng, dengan api jangan kuat sangat dan jangan slow sangat sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.
6. Kemudian angkat dah agak donut dah suam sikit baru salut dengan gula icing (beli je kat bakery shop).
Nota Penting: Kalau adunan lembik, tambah tepung kalau keras tambah susu. Pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik. Kak guna full cream milk (susu kotak) sebab kak nak tekstur ala roti gebu. Lagi satu bau susu pun tak kuat sangat. Yis pula pastikan kembang kalau tak kembang donut hampa tak kan naik.
Selamat Mencuba!
Resepi Oleh: Fienaz Shafie