Sambal Tumis Ikan Bunga Kantan Memikat Hati
Tak ada idea nak masak apa hari ni?, boleh cuba masak menu sambal ikan bunga kantan. Rasa yang unik daripada bunga kantan telah menghasilkan aroma sambal tumis yang sedap dan memikat hati.
Bahan-Bahan:
- 5 ketul ikan saya guna ikan merah – Bersihkan, letak garam dan kunyit
- 3 senduk kecil cili kisar (cili kering)
- 8 Biji Bawang Merah dikisar
- 4 Biji Bawang putih dikisar
- 1 inci halia dikisar
- 1 biji bawang besar – potong bulat
- 2 kuntum bunga kantan hiris nipis
- Air asam jawa
- Daun ketumbar
- Sedikit air
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak untuk mengoreng dan menumis
Cara Memasak:
1. Ikan digoreng sampai masak. Letak tepi. Panaskan minyak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing.
2. Tumis, bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kisar, dengan guna api perlahan sehingga cili benar benar masak dan garing.
3. Setelah cili masak, masukkan gula. Kacau rata supaya sambal berkilat dan bwarna merah cantik sebelum dimasukkan ikan.
4. Masukkan bunga kantan, air asam jawa, sedikit air dan garam. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Oleh kerana ikan telah masak, masakkan ikan seketika sahaja. Kacau sehingga sambal pecah minyak.
5. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah tutup api. Angkat dan tabur daun ketumbar.
Jom Rasa Sambal Hijau Minang Ni, Memang Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Nur Masri


