Sumsum Sagu Mata Ikan Sirap Gula Merah

Sumsum Sagu Mata Ikan Sirap Gula Merah

Sangat mudah untuk disediakan dan sedap, sumsum sagu mata ikan dengan kuah sirap gula merah. Simpan dulu dalam peti sejuk. Lagi sejuk lagi best ya amat. Ni kalau buat jualan ni kompom mai repeat.

Bahan Lapisan Bawah:

  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air

Bahan Lapisan Atas:

  • 400ml santan
  • 300ml air
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 helai daun pandan – disimpul

Bahan Sirap Gula Merah:

  • 1 cawan gula merah
  • 3 sudu makan gula
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan – disimpul

Cara Membuat:

1. Didihkan air, masak sagu hingga warna putih tidak kelihatan. Kemudian letak ke dalam tapis, lalukan pada air buang kanji atau lendir sagu. Sediakan bekas yang sesuai, letak sagu separuh daripada bekas sahaja.

2. Di dalam kuali, satukan semua bahan lapisan atas. Masak hingga likat timbul letup-letup terus tuang ke dalam bekas sagu tadi. Biarkan sejuk.

3. Di dalam periuk, satukan semua bahan sirap gula merah. Masak hingga mendidih dan gula hancur, tutup api tapiskan. Sejukkan di dalam peti ais dahulu.

4. Cara hidangan, siram sirap gula merah di atasnya sedia dinikmati, sedap sangat wajib cuba.

Rasa Lebih Sedap Kalau Guna Gula Merah Asli Indonesia Ni >> KLIK DI SINI

Sumsum Sagu Mata Ikan Sirap Gula Merah

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish