Sambal Bilis Bunga Kantan Sedap Makan Dengan Nasi Panas
Mr. Husband kutip bunga kantan belakang rumah punyalah banyak, dalam freezer pun ade lagi. Geram tengok, kita try la sikit buat sambal bilis bunga kantan guna 3 kuntum. Orang kata sedap. MasyaAllah, memang sedap ui. Nak-nak makan sahur tadi dengan nasi panas baru masak. Tak nak lauk lain dah. Makan dengan bubur nasi pun sedap ni.
Siyes, ampa kena try buat. Ni sukatan saya buat malam tadi;
Bahan-Bahan:
- 3 kuntum bunga kantan – hiris
- 2 genggam ikan bilis – bilas, renjis cuka sikit, dan goreng. Cuka tu nak bagi ikan bilis kekal rangup.
- 2 senduk kecil cili blend* – Naz guna cili kering yang kecik licin tu, pedas baru ummph!
- 1 biji bawang besar – blend*
- 5 ulas bawang putih – blend*
- Gula kelapa & sedikit garam
- Minyak untuk menumis. Banyak pun boleh, namapun sambal kan?. Nak makan nanti pandai-pandai la sukat, kita bukan nak makan 1 kuali terus pun kan.
Cara Membuat:
1. Tumis bahan blend bertanda (*) sampai pecah minyak dan sambal bertukar jadi warna gelap. Boleh letak gula siap-siap.
2. Seterusnya, masukkan hirisan bunga kantan dan garam. Masak sampai agak-agak kering. Make sure dah sesedap rasa time ni.
3. Tutup api dan biarkan sejuk, baru masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kacau-kacau sikit, done siap!.
Tip: Make sure sambal tadi sejuk betul-betul sebelum masukkan ikan bilis, supaya ikan bilis kekal rangup. Selamat mencuba! Save & share.
Guna Ikan Bilis Jenis Ni Lebih Rangup Bila Digoreng >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Sharinaz Redwan