Resepi Kuih Tradisonal Apom Lenggang Dijamin Menjadi
Apom lenggang cara mudah, dijamin menjadi, lembut dan rangup di tepi. Korang suka tak kuih ni? Apatah lagi makan panas-panas. Bahan-bahan pun simple. Budak-budak pun suka. Ibu-ibu dah boleh try. Nak buat side income pun jadi ni.
Bahan-Bahan:
- 1 1/2 cawan tepung beras **
- 1/2 cawan tepung gandum **
- 1 cawan air **
- 1 cawan santan pekat (saya guna santan kara je nak cepat, dah itu yang ada)
- 1/2 sudu yis mauripan. Senang satu pack yis bahagi 2 (bancuh sikit dengan air suam kuku) baru campur dalam adunan **
- Garam sesudu kecil **
- Gula 1/2 cawan **
- Telur 1 biji **
- Daun pandan untuk disimpul dan digunakan waktu oles pada kuali
- Sedikit minyak masak
Cara Membuat:
1. Gunakan blend atau whisk, campur bahan bertanda (**). Peram hingga naik adunan, 15-30 minit depends. Kadang ada yang peram sejam.
2. Bila adunan dah naik, baru campur santan. Kemudian dah boleh masukkan sesenduk adunan dalam kuali yang telah dioles minyak menggunakan daun pandan. Kemudian lenggang. Biar hingga garing ditepi, angkat dan hidangkan.
Nota:
- Kalau nak buat banyak, boleh doublekan sukatan. Sepanjang proses peram, simpan adunan dalam peti ais.
- Kalau tercampur sekali semua santan pun tak ada masalah, dalam adunan yang gambar atas ni, saya tercampur semua sekali baru whisk.
Alhamdulillah menjadi elok je. Selamat mencuba! Enak dimakan panas-panas.
Nak Mudah Kerja Melenggang Apom, Boleh Guna Kuali Macam Ni >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Fateema Azzahra


