Resepi Brownies Mak Datin Ramai Pelanggan Repeat Order
Sebelum saya berhijrah ke Istanbul, saya pernah buat bisnes brownies kedut. Saya namakan “Brownies Mak Datin” hehe. Sedar tak sedar, setahun lebih jugaklah saya berniaga. Alhamdulillah. Family saya sangat supportive. Mak ayah saya yang belikan oven dan chiller untuk saya. Alhamdulillah.
Saya yang baking dan saya juga yang deco. Sebab saya suka. Lama-lama jadi hobi dan rasa bahagia je bila dapat feedback yang positif hehe. Siapa tak seronok kan? Alhamdulillah semua ni dengan izin Allah. Ramai customer repeat order. Bukan sekali tapi berkali-kali. Even sampai sekarang pun, masih ada lagi yang whatsapp saya tanya pasal brownies.
Subhaanallah. Katanya sebab brownies saya full coklat dan tak terlalu manis. Sampai customer saya yang ada penyakit kencing manis pun boleh makan dan suka sangat. Alhamdulillah syukur. Saya letak pelbagai topping supaya senang customer nak pilih ikut citarasa masing-masing.
Ilmu buat brownies ni saya belajar dengan makcik saya. Dan saya ada ubah sikit resepi ikut citarasa saya.
Bahan A:
- 400g compound dark choc beryl’s
- 150g butter (saya guna buttercup)
Bahan B:
- 90g gula caster
- 90g brown sugar
- 4 biji telur (saya pakai telur gred biasa je)
- 100g tepung gandum (saya pakai tepung bakers choice)*
- 30g serbuk koko*
- 1 sudu teh baking powder*
- 1 sudu teh esen vanila
Bahan B yang bertanda (*) diayak terlebih dahulu.
Kalau nak pakai tepung gandum self-raising pun boleh. Baking powder dah tak perlu.
Cara Membuat:
1. Bahan A; cairkan semua sekali secara double boiling. Api kena slow. Bahan B; Whisk kan telur, gula caster dan sugar brown. Jangan pukul sampai telur kembang tau. Pukul untuk sebatikan gula dengan telur je.
2. Lepas dah sebati, campurkan Bahan A yang dicairkan tadi dan whiskkan. Masuk panas-panas. Sebatikan semua sekali.
3. Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder yang telah diayak dan seterusnya masukkan esen vanila. Whisk kan sampai sebati. Jangan terlalu lama. Cukup bagi dia sebati. Sebab kalau lama nanti jadi macam kek coklat moist. Adunan mestilah pekat dan likat.
4. Tuangkan dalam dalam loyang yang dilapik baking paper. Boleh tabur kekacang ikut suka. Saya tabur hirisan badam atas brownies. Saya pakai loyang 10 untuk satu adunan. Loyang 7 saya sediakan dua bekas. Boleh letak half-half. Separuh adunan dapat dalam 500++g.
5. Sebelum bakar, panaskan oven terlebih dahulu dalam 10 minit. Suhu 170c api bawah yang ada kipas. Bakar dalam oven selama 40 minit. Agak-agak dah masak, boleh try cucuk dengan batang lidi. Kalau adunan masih melekat pada lidi, brownies masih belum masak. Kalau adunan tak melekat, tanda brownies dah masak. Dan nanti kedutnya akan nampak cantik. Ikut oven masing-masing (Saya pakai oven Pensonic AE-600N. Rak atas sekali).
6. Bila brownies dah sejuk, boleh start deco. Make sure untuk brownies loyang 10, beli plate besar sikit. Saiz 12 inci. Untuk brownies loyang 7, boleh beli plate saiz 8/9 inci. Baru nampak kemas dan terletak cantik. Untuk box pulak, boleh beli brownies/talam box. Make sure saiz plate kena sama dengan saiz box.
Saya halalkan resepi Brownies Kedut saya. Yang nak menjual pun boleh. Doakan saya menjadi isteri yang solehah, wanita yang serba boleh, sihat walafiat, dipermudahkan segala urusan oleh Allah, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dianugerah zuriat keturunan anak-anak yang cantik hensem comel, sihat walafiat, soleh dan solehah. Aamiin Allahumma aamiin.
Pastikan Guna Beryl’S Dark Compound Baru Betul Rasa Coklat >> KLIK DI SINI
Guna Loyang Brownies Jenis Ni Siap Dengan Cutter >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Ezty Razali