Sambal Bilis Kering Boleh Buat Niaga
Sis nak share resepi sambal bilis kering fav kami laki bini. Cuma gambar dalam kuali tak sempat nak ambik. Duk kalut dengan anak kecik nak berdukung je ni ha. Haritu suami sis kena pegi negeri seberang jadi dia request la sis buat sambal kering ni sebab maknan sana tak kena dengan tekak melayu pior dia tu. Sambal ni letak kat luar 3 bulan pon masih elok rangup tak rosak.
So start dari situ la sis mula cuba niaga sambal ni kat shopee dan kawasan terdekat. Sekarang ni malam-malam sis dah tak penat pikir nak masak apa untuk suami dan anak. Tanak nasi je, nanti nak makan goreng telur pekena sambal bilis ni. Bertambah-tambah nasi. Niat nak kurus tu memang tolak tepi bila hadap sambal ni.
Sis halalkan resepi ni. Doakan semoga sis terus berjaya dengan bisnes sambal ni ya.
Bahan-Bahan:
- Bilis 1 kg (kalau nak sedap cari bilis yang nipis)
- Cili kering gemuk (tak pedas) – 300g
- Cili kering pedas – 150g (kalau nak pedas letak la banyak mana korang nak)
- Pati bilis knorrs – 2 ketul
- Bawang goreng – 250g
- Gula halus/blend je gula biasa tu
- Garam
Cara Membuat:
1. Cuci bilis dan toskan. Goreng sampai garing. Basuh cili kering dan toskan. Masak guna air fryer sampai rangup. Sis nak senang keje, ada anak kecik sebab tu guna af je.
2. Dah masak cili, tumbuk-tumbuk atau patah-patahkan nanti toskan guna jaring nak buang biji-biji cili. Blend kering sampai jadi chili flakes. Pakai glove dan mask ya nanti terbatuk menangis-nangis kena habuk cili.
3. Panaskan 3 sudu minyak masak. Masuk pati bilis kacau sampai hancur. Masuk cili blend tadi, gula, garam. Kacau-kacau sampai sebati. Api kena kecik nanti hangus cili rasa pahit. Kacau dalam 5 minit je pastu tutup api.
4. Masukkan bilis dan bawang goreng. Gaul-gaul sehingga sebati. Rasa la cukup masin manis semua tu. Kalau nak tambah tempe atau kacang pon boleh. Goreng sampai garing dulu lepas tu campak je semua dan gaul-gaul.
Nasi make sure tanak lebih ya. Sis dah pesan awal-awal nanti jangan salahkan sis.
Resepi Oleh: Sara Long