Resepi Apom Lenggang Kuih Terkenal Di Sebelah Utara
Makan petang harini. Kueh fav sis masa kecik-kecik. Kuih ni sangat famous belah utara. Selalu balik sana susah nak jumpa orang melayu jual, ada pun india yang jual. Tapi sis ambik dalam group masakan. Tak sangka menjadi apom lengang sis. Tepi-tepi tu crunchy sangat, tengah tu lembut, sebijik rasa macam makan kat pasar malam. Ni sis share resepi apom lenggang.
Bahan-Bahan:
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula
- 1 biji telur
- 1 cawan air
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan kelapa parut jika suka, tak bubuh pun tak apa
- 1 st mauripan
- Sedikit gram.
Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali kelapa parut. Blend semua bahan dan tapis ke dalam bekas dan tutup. Perap selama sejam. Kemudian buka dan kacau adunan serta masukkan kelapa parut. Kacau hingga sebati.
2. Seterusnya, panaskan kuali, sapu minyak dan masukkan adunan sesenduk ke dalam kuali. Kemudian lenggang la dan tutup dengan tudung periuk. Bila apom agak masak dan kekuningan, boleh la angkat dan gulung. Dah siap. Selamat mencuba.
Guna Kuali Macam Ni Baru Senang Nak Melenggang Apam >> Lihat Di Sini
Resepi Oleh: Nor Atika Nazirah