Ayam, Nasi

Resepi Ayam Masak Merah Dengan Nasi Tomato

resepi-ayam-masak-merah-dengan-nasi-tomato

Resepi Ayam Masak Merah Dengan Nasi Tomato

Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan:

  • 10 ketui ayam potong sederhana gaul garam dan kunyit
  • 1 bj tomato cincang
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • Minyak untuk menggoreng ayam dan menumis
  • Air secukupnya
  • Kiub, gula dan garam to taste

Bahan Tumis:

  • 1 kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 bj buah pelaga

Bahan Kisar:

  • 10 bj cili kering rebus
  • 1 labu bwg besr
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inc halia

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak dan ketepikan.
  2. Kurangkan minyak dan tumiskan bahan tumis diikuti bahan kisar hingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, tomato cincang dan ayam. Balancekn rasa dengan kiub, gula dan garam. Kacau rata hingga masak. Hidangkn dengan nasi kegemaran. Happy cooking.

Nasi Tomato

Bahan-Bahan:

  • 3 pot beras basmati – cuci dan rendam 20 minit dan toskan
  • 3 cwn air – ikut sukatan dipeket beras seeloknya
  • 1/2 cwn susu cair
  • 4 sdm sos tomato
  • 1 biji tomato didadu
  • 1/2 bj carrot diparut
  • 1 sdm kismis (optional)
  • 1 sdm minyak sapi
  • 2 sdm minyak jagung
  • 1 kiub ayam dan 1 sdk garam

Bahan Tumis A:

  • 1 kulit kayu manis
  • 2 b. Lawang
  • 3 bj buah pelaga

Bahan Tumis B:

  • 1 bj bwg besar*
  • 2 ulas garlic*
  • 1 inc halia*
  • Finely chopped bahan *
  • 1 helai daun pandan disimpulkan
  • 2 tangkai pudina

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak jagung di dalam periuk rice cooker dan tumis bahan A, diikuti dengan bahan B dan tumis hingga wangi. Masukkan sos tomato, tomato dadu dan carrot parut. Kacau sebentar.
  2. Masukkan susu, air, kiub ayam dan garam biarkan mendidih, baru masukkan beras. Pindahkn periuk ke rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  3. Bila nasi sudah kering, masukkan kismis dan selepas 15 minit baru gemburkn nasi dengan garfu. Hidangkn bersama lauk ayam masak merah tadi. Happy cooking.
Resepi Ayam Masak Merah Dengan Nasi Tomato

Resepi Oleh: Keroroyz Royz