Resipi Istimewa Daging Dendeng Balado Secukup Rasa

Resipi Istimewa Daging Dendeng Balado Secukup Rasa

Assalamualaikum wbt. Untuk kali ini saya ingin berkongsi resepi istimewa yang saya masak sehari sebelum Ramadhan tahun ini untuk hidangan kami sekeluarga serta dikongsi dengan rakan-rakan dipejabat, Daging Dendeng Balado. Saya pernah kongsikan resepi Daging Dendeng diGroup ini tetapi dalam versi berbeza. Resepi ini sangat sesuai dijadikan menu bagi membuka selera makan semasa bersahur serta sesuai juga dijadikan hidangan Syawal nanti. Resepi dan cara-cara memasak saya sertakan disini jika anda ingin mencuba.

Bahan Utama:

  • Daging – Anggaran 2 Kg, direbus kosong saja tanpa garam atau halia (tidak perlu sampai empuk sangat sebab akan ada lagi proses merebus nanti). Air rebusan juga akan digunakan untuk merebus kali kedua (Daging yang diketuk-ketuk). Sejukkan daging sebentar lepas direbus, senang untuk dipotong. Setelah daging rebus sejuk, bolehlah dipotong ikut ketebalan serta saiz yang dikehendaki (jangan tebal atau nipis sangat). Tumbuk hirisan daging rebus, hati-hati jangan sampai daging koyak.

Bahan dan Cara Merebus Daging Yang DiTumbuk:

Untuk DiKisar Halus –

  • Bawang Putih – anggaran 12 Ulas
  • Buah Keras – 15 Biji
  • Halia – 1”- 2” inci
  • Lengkuas – 1”- 2” inci

Bahan Lain –

  • Daun Salam – 2 Helai
  • Daun Limau Purut – 6 Helai
  • Serai – 3 Batang dititik/ketuk
  • Serbuk Ketumbar- 1 Sudu Makan
  • Serbuk Jintan Manis – 1 Sudu Teh
  • Serbuk Jintan Putih – 1 Sudu Teh
  • Serbuk Lada Putih – 1 Sudu Makan
  • Gula Nisse – 2 Keping
  • Asam Jawa Xtra Adabi – 1 Sudu Makan
  • Garam Secukupnya

Masukkan semua Bahan B dan C dalam air rebusan daging, gaul rata dan biarkan mendidih. Masukkan semula daging yang diketuk, masak sehingga air rebusan kering. Keluarkan daging dan ketepikan. Biarkan sedikit sejuk sebelum menggoreng.

Cara Menggoreng Daging Rebus:

Panaskan minyak masak, masukkan daging rebus sedikit demi sedikit. Jangan masuk banyak sangat (suhu minyak turun dan hasil gorengan tidak cantik). Goreng hingga keperangan atau ada sedikit hitam-hitam, tahap kegaringan terpulang kepada citarasa masing-masing. Toskan dan lakukan proses yang sama sehingga semua daging habis. Habuk-habuk serdak dalam minyak gorengan boleh masuk dalam sambal balado nanti.

Bahan Sambal Balado:

  • Cili Merah Besar – Anggaran 16-20 Tangkai
  • Cili Api Merah – Anggaran 5 Tangkai (kalau suka pedas boleh letak banyak)

Kisar kasar cili di atas bersama air dan ketepikan.

  • Bawang Besar – 5 Labu
  • Bawang Putih – 10-12 Ulas

Kisar kasar bawang Besar dan bawang putih, ketepikan.

  • Daun Limau Purut – 3-4 Helai
  • Serai – 3 Tangkai dan dititik/ketuk
  • Asam Jawa Xtra Adabi – 1 Sudu Makan
  • Garam dan Serbuk Perasa secukupnya

Cara Memasak Sambal Balado:

1. Panaskan kuali dan masukkan cili kisar serta bawang merah dan bawang putih kisar, masak tanpa minyak sehingga air atau jus mengering baru ditambah minyak masak (perlu lebihkan minyak masak untuk sambal tahan lebih lama). Masukkan serai ketuk dan daun limau purut.

T2. eruskan memasak sehingga cili dan bawang betul-betul masak atau mengering baru ditambah asam jawa Xtra Adabi, garam serta serbuk perasa. Gaul biar sebati. Sambal balado siap dimasak.

Proses Akhir Satukan Daging Goreng Dan Sambal Balado:

Masukkan daging goreng ke dalam sambal balado dan gaul rata biar sebati. Pastikan semua daging goreng bersalut dengan sambal. Daging dendeng balado siap dimasak dan sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba Resepi Istimewa ini.

Ramai Yang Dah Cuba Daging Dendeng Ni Juga, Memang Sedap! >> KLIK DI SINI

Resipi Istimewa Daging Dendeng Balado Secukup Rasa

Resipi Oleh: Roslan Eusof