Resipi Seafood Fusion Spaghetti Olio Cara Mudah

Resipi Seafood Fusion Spaghetti Olio Cara Mudah

Resipi olio style Itali tapi saya bagi twist sendiri! Guna seafood pilihan, capsicum, cherry tomato dan teknik masak supaya spaghetti berjus, tak kering. Senang, sedap dan confirm ramai suka!.

Bahan-Bahan: Untuk 1 pack spaghetti – 500g

  • 1 pack (500g) spaghetti
  • 1 1/2 labu bawang putih – kupas
  • Cili kering / chili flakes / cili padi – ikut tahap pedas
  • 1 biji tomato besar / 2 biji tomato sederhana size
  • 150-200ml olive oil (lebih sedap guna extra virgin)
  • Seafood pilihan (udang / sotong / salmon)
  • 1 biji capsicum – potong dadu
  • Cherry tomato – belah dua
  • Garam secukup rasa
  • Parsley cincang (optional)
  • Air rebusan pasta – 1–2 senduk

Cara Memasak:

1. Rebus spaghetti dalam air garam hingga al dente ikut masa pada paket (8–10 minit). Simpan 1–2 senduk air rebusan pasta. Blend kering bawang putih, cili dan tomato.

2. Panaskan olive oil dengan api sederhana rendah, masukkan bahan blend. Tumis hingga wangi dan nampak kering sikit. Masukkan seafood, masak hingga hampir masak.

3. Masukkan capsicum, air rebusan pasta dan garam secukupnya. Masukkan spaghetti (angkat terus dari periuk, jangan tos kering).

4. Masukkan cherry tomato, parsley dan drizzle lagi olive oil. Gaul rata dan hidang panas-panas.

Tips:

  • Saya tak tos spaghetti sampai kering.
  • Saya akan angkat terus dari periuk rebus spaghetti ke dalam pan sauté, supaya spaghetti kekal juicy dan starch dari pasta bantu sos melekat pada spaghetti.
  • Orang Itali ada “rule” tak campur keju dengan hidangan pasta yang base dia seafood atau minyak.
  • Aglio e olio ni fokus pada rasa garlic + chili + olive oil, jadi cheese dianggap “ganggu” balance tu.

Boleh Dapatkan Pelbagai Herba-Herba Kering Untuk Sedapakan Lagi Spaghetti >> LIHAT DI SINI

Resipi Seafood Fusion Spaghetti Olio Cara Mudah

Resipi Oleh: Ayu Mashruddin