Resipi Mudah Cranberries Cornflakes Crunchy Cookies
Biskut cornflakes kali ni saya tambah cranberries sebagai penyedap CRANBERRIES CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES. Selamat mencuba biskut sedap dan simple ni.
Bahan-Bahan:
- 1 3/4 cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
- 1/4 cwn tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- 2 cawan cornflakes ramas kasar
- 200 gm pure butter
- 3/4 cwn gula kastor
- 1 biji kuning telor
- 1 sd kecil esen vanila (saya tambah)
- 100 gm cranberries dipotong kasar
Cara Membuat:
1. Putar gula dan butter sehingga sebati. Boleh gunakan senduk atau whisk. Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Kacau lagi hingga sebati. Kemudian masukkan campuran tepung, cornflakes, baking powder dan cranberries.
2. Gaul hingga rata. Sapu nipis permukaan loyang dengan butter dan sudukan adunan cornflakes yang dah siap tadi. Tekan sedikit adunan dengan garfu sebagai hiasan biskut.
3. Panaskan oven selama 5 minit dengan suhu 160c dan bakar biskut selama 15-20 minit dengan api atas bawah. Siap.
Jom Cuba Biskut Crunchy Cornflakes Homemade Ni, Memang Rangup >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Rozmaliza Omar


