Resipi Karipap Rangup Inti Kentang Campur Keledek

Resipi Karipap Rangup Inti Kentang Campur Keledek

Karipap jer pun, semua orang pandai buat kan? Tapi ni nak tunjuk yang saya buat. Ni saya kongsi resepi karipap, nak hasilkan karipap yang rangup seharian. Terpulang pada cara kita menggorengnye. Nanti boleh la anda semua mencuba dengan resepi yang saya kongsi ni yer.

Bahan Inti Karipap:

  • 4 biji ubi kentang yang sederhana besar
  • Sebiji keledek yang juga sederhana besar. Saya campo keledek dan kentang untuk dapatkan rasa yang manis dan srtuktur inti yang cantek. Potong dadu.
  • Sedikit isi ayam dicincang, kalau suka isi daging atau udang kering pun boleh, terpulang.
  • Sebiji bwang besar – dipotong dadu
  • 3 ulas bawang puteh – dicincang atau diketok
  • 2 sudu serbok kari babas
  • Sesudu besar cili boh
  • Beberapa helai daun kari
  • Garam dan gula

Cara Membuat:

1. Tumis bawang besar dan bawang puteh serta cili boh hingga wangi. Masukkan daun kari sekali, masukkan juga rempah kari. Setelah garing, masukkan isi ayam dan bila dah sebati, boleh masukkan kentang dan keledek.

2. Masukkan air sama paras dengan kentang. Perasakan, bila hampir kering, kacau dan lenyek-lenyekkan sedikit. Masak hingga kering, masukkan daun sop dan daun bawang (jika suka). Siap.

Bahan Untuk Kulit Karipap:

  • 4 cawan tepong gandum (dapat 45 biji, saiz sederhana yang orang jual 5 biji rm2)
  • 3 sudu besar marjerin
  • sedikit minyak

Cara Membuat:

3. Masak marjerin dan minyak hingga berbuih. Angkat dan tuangkan ke dalam tepong. Kacau dengan sudu (panas), bila agak sejok boleh la gaul dengan tangan. Gaul hingga jadi seperti serbok roti.

4. Tuangkan air yang telah dmasukkan sedikit garam dan Uli hingga menjadi doh. Biarkan seketika, lepas tu saya bulatkan saiz kecik (agak-agak jer). Canai, boh inti dan kelim.

Teknik Goreng Untuk Dapatkan Kulit Yang Rangup Seharian;

1. Masukkan minyak ke dalam kuali, buka api dan terus masukkan karipap. Mula goreng dengan minyak yang maseh sejok baru dapat kulit karipap yang flowless gitu.dan kena pandai ‘main api”.

2. Bila dah siap gorengan pertama, tutup dulu api sebelum masukkan yang kedua. Kalau masukkan dalam minyak yang panas, kulit akan jadi berkerutu. Selamat mencuba.

Cuba Karipap Mini Rangup Ni Juga, Memang Sedap >> KARIPAP MINI RANGUP

Cuba Karipap Mini Rangup Ni Juga, Memang Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Rohana Muhammad