Resipi Ayam Bakar Mayonis Mudah dan Lazat

Resipi Ayam Bakar Mayonis Mudah dan Lazat

Pada yang minta resipi. Saya kongsikan resipi ayam bakar yang ini dulu ya. InshaAllah, kemudian saya kongsikan resipi ayam bakar versi lain pula.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam berat 2 kg lebih dan potong 8 bahagian. Kelar sedikit ayam supaya mudah masak hingga ke tulang ayam.
  • 5 sudu besar mayonis
  • 3 sudu besar sos cili thai
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar madu (tak nak letak pun tak apa)
  • 3 sudu besar chili flakes (tak suka pedas boleh kurangkan)
  • 1/2 sudu kecil mix herbs (tak suka tak perlu letak)
  • 1 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1/2 cawan minyak masak untuk gaul bersama bahan perap (ini anggaran sahaja boleh kurangkan jika suka)

Bahan-Bahan Yang Ditumbuk Kasar:

  • 7-8 ulas bawang putih
  • 2 ketul halia sebesar ibu jari.
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (boleh letak lebih jika suka)

Tumbuk kasar semua bahan dia atas ni.

Cara Memasak:

1. Basuh ayam dan toskan, ketepikan. Satukan bahan tumbuk, bahan-bahan sos, chili flakes, minyak masak dan garam. Kacau hingga sebati.

2. Lumur pada ayam hingga merata dan perap selama 30 minit dalam peti sejuk bahagian chiller. Nak lagi sedap perap 1 jam atau semalaman.

3. Susun ayam dalam kuali tidak melekat. Bakar ayam atas api dapur guna api perlahan tapi bukan paling perlahan tau. Letak tudung kuali pada permukaan kuali dan biarkan selama 10 minit.

4. Buka dan sapu bahan perapan pada ayam dan kalihkan atau balikkan ayam. Letak tudung semula dan biarkan selama 10 minit. (JANGAN LETAK MINYAK DALAM KUALI TAU SEBAB DALAM BAHAN PERAP DAH ADA MINYAK).

5. Buka semula tudung dan sapu lagi bahan perapan. Tutup semula ayam dengan tudung kuali dan biar selama 5 minit dan bolehlah angkat ayam. Siap!.

Jika Guna Air-Fryer:

1. Suhu 200c. Susun ayam dan bakar selama 15-20 minit. Buka dan alihkan ayam. Sapu bahan perap dan tutup semula.

2. Bakar lagi 15-20 minit. Buka dan sapu bahan perap dan bakar lagi 5 minit. Siap.

Nota:

  • Jika guna oven boleh bakar pada suhu 230c selama 35 minit.
  • Saya lebih suka bakar guna api dapur. Lebih cepat dan sedap.

Ramai Guna Alat Macam Ni Untuk Buat BBQ, Senang Nak Bakar Ayam >> KLIK DI SINI

Resipi Ayam Bakar Mayonis Mudah dan Lazat

Resipi Oleh: Mariana Zainal