
Resepi Sourcream Lemon Butter Cake
Bila ada yang terasa nak makan kek yang masam-masam gitu. Maka SOURCREAM LEMON BUTTER CAKE la jadinya. Memanng lembut gebu kek ni, lembab-lembab tu tok sah cakap la. Nah saya share resepinya.
Bahan-Bahan:
- 250 gm butter
- 220 gm gula halus
- 3 biji telur gred B (saya letak A)
- 1 tsp baking powder
- 300 gm tepung superfine
- 1 tsp gliserin (optional)
- 80 gm sourcream kalau tak der plain yogurt ok
- 20 gm air perahan lemon
- Zest kulit dari sebiji buah lemon
- 2 tbsp sunquick lemon
Cara Membuat:
1. On kan oven. Panaskan ke suhu 150-180c ikut suhu oven masing-masing untuk bakar kek. Gris loyang size 7″ empat segi atau bulat. Nak kek rendah buat 8″.
2. Putar butter dan gula dengan mixer hingga kembang dalam 5-6 minit. Guna whisk. Jangan lupa kaup-kaup tepi-tepi bowl ok.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji. Putar lagi hingga sebati. Speed laju. Sambil tu masukkan esen vanila.
4. Baking powder dan superfine disatukan dan diayak. Bahan cecair disatukan dalam satu bekas iaitu gliserin, sourcream, sunquick, zest oren, air buah oren.
5. Ok sekarang, masukkan adunan tepung dan cecair berselangseli sampai habis masuk ke dalam bowl berisi telur. Time ni speed perlahan-lahan saja atau boleh kaup balikkan guna spatula.
6. Masuk kesemua adunan dalam loyang. Potong sebiji lemon nipis-nipis dan letak atas adunan kek ikut hiasannya.
7. Bakar selama 45 minit dengan suhu 150c atau sehingga masak. Kalau suka garing sikit atas kek, last 10 minit terakhir boleh tinggikan suhu 180c tapi sekejap jer.
Kek ni sangat-sangat moist. Lemon boleh ganti dengan orange, nangka, nenas, strawberi, blueberi, durian atau apa-apa saja.
Resepi Oleh: Rozmaliza Omar