Ayam

Resepi Niaga Bancuhan Tepung Ayam Goreng Rangup

resepi-niaga-bancuhan-tepung-ayam-goreng-rangup

Resepi Niaga Bancuhan Tepung Ayam Goreng Rangup

Harini sekali lagi saya kongsikan resipi tepung ayam goreng yang saya buat mencari rezeki. Adunan tepung nie banyak dan boleh disimpan. Ayam goreng tepung nie menu utama. Saya gunakan tepung segera yang jenama PUAS. Tapi kalau nak makan sendiri boleh jer beli yang mahal sikit. Biasalah kami yang meniaga akan cari paling murah. Bagi menampung kos tepung, ada tepung campuran yang saya proses sendiri. Meh saya ajar bancuhan tepung ayam yang saya buat.

Bahan-Bahan:

  • 700g tepung gandum
  • 1 kg tepung beras
  • 300g tepung ubi kayu
  • 3 sudu serbuk lada putih (sudu teh)
  • 7 sudu stok ayam serbuk (sudu makan)
  • 7 sudu Ajinomoto (sudu makan)
  • 7 sudu garam (sudu makan)

Cara Membuat:

1. Ajinomoto dan garam dicampur dan blander gunakan blander kering kasi halus. Campur semua bahan dan kacau sehingga merata. Ok siap tepung ayam buatan sendiri. Saya akan campur tepung segera yang beli dan buatan sendiri.

2. Jom kita goreng ayam. Ayam setelah dicuci bersih, dalam keadaan basah-basah tu pecahkan telor sebiji atau 2 tengok banyak mana ayam. Taburkan sedikit tepung dalam ayam tadi bagi memekatkan keadaan ayam.

Cuba Resepi Ni:  Ayam Pandan Thai Ayam Goreng Gaya Orang Siam

3. Dalam bekas yang lain, sediakan tepung ayam yang banyak untuk sadur ayam. Ambil ayam tadi dan gaul dalam tepung tadi. Jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat. Terus masukkan ke dalam minyak yang banyak dengan api sederhana. Siap.

Tips: Tepung ayam tu memang dia tulis tanpa telor tapi nak sedap dan cantik letaklah telor. Doakan saya dimurahkan rezeki yer.

Resepi Niaga Bancuhan Tepung Ayam Goreng Rangup

Resepi Oleh: Yayar B. Awang Noh