Makanan Laut, Udang

Udang Galah Masak Mentega Bawang Putih

udang-galah-masak-mentega-bawang-putih

Udang Galah Masak Mentega Bawang Putih

Kebetulan hari ini rezeki dapat membeli Udang Galah besar besar dan segar. Jadi hari ini Amoijamu kongsikan cara untuk menikmati Udang Galah yang sangat segar dan cara masaknya tidak rumit.

Bahan-bahan:

  • 6 ekor Udang Galah dibersihkan
  • 120g Mentega
  • 2 labu Bawang Putih dicincang (Simpan sedikit untuk buat sos cicah)
  • Sos Cicah
  • 10 biji Bawang Merah kecil dimayang halus
  • 1 tangkai Daun Ketumbar dipotong kasar
  • 3 tangkai Cili Padi
  • 2 sudu teh kecil Bawang Putih Cincang
  • 10biji Limau Kasturi diperah jusnya
  • 3 sudu besar Kicap Cair/Kicap Masin
  • 3 sudu kecil teh Gula Perang

Cara Memasak:

1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kacau sehingga cair pada api kecil.Masukkan bawang putih dan kacau sehingga keperangan dan naik bau wangi. Sentiasa kacau untuk elakkan hangit.

2. Masukkan Udang Galah. Susun elok supaya senang masak. Terbalikkan Udang Galah supaya masak sekata. Tutup kuali dan biarkan masak 2 ke 3 minit.

3. Selepas 3 minit, buka penutup dan gaulkan buat kali terakhir. Kemudian angkat dan boleh dihidangkan bersama sos pencicah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Rendang Keling Udang

4. Untuk Buat Sos Cicah; Masukkan bawang merah kecil yang telah dimayang halus kedalam mangkuk. Masukkan daun ketumbar, cili padi , bawang putih, kicap cair, jus limau kasturi dan gula. Gaulkan supaya sebati. Sudah sedia untuk dihidangkan.

Udang Galah Masak Mentega Bawang Putih

Resepi Oleh: Amanda Tan