Resipi Sambal Telur Dengan Air Asam Picit
Kita hidang menu simple macam ni ada yang sudi makan tak? Telur goreng sambal pergh… Rindu ooo letak kicap sikit pastu ikan goreng lalu kot tepi kona baring.
Menu Hari Ni:
- Nasi Putih
- Telur goreng sambal
- Ikan goreng
- Air asam picit Kedah style
- Ulam timun
Bahan Air Asam Picit:
- Air masak (Agak-agak je jangan banyak sangat)
- Belacan sikit (Nak bakar boleh atau tak bakar pun ok je)
- AJINOMOTO SIKIT (Tak suka jangan letak)
- Cili Padi kesukaan korang. Kita Ada Cili burung je pakai je apa Ada.
- Limau tu pakai sebelah je
- Asam jawa sikit
Cara Membuat: Campur semua bahan di atas, picit cili padi dan limau pastu gaul sebati. Seimbangkan rasa dan siap. Kalau Belacan dah masin tak perlu garam. Kalau Belacan korang tak masin boleh la letak garam sikit ok.

Resipi Sambal Telur Simple:
- Goreng telur dan ketepikan. Berapa biji telur korang nak goreng terpulang.
- Bawang Merah sebiji hiris nipis
- Bawang Putih 3 Ulas hiris nipis
- Kicap manis ADABI
- Cukup Rasa
- 1 keping Asam keping
- Air sikit
- Cili blander 1 setengah senduk (kalau Nak masak banyak letak banyak)
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sampai naik bau. Masukkan Cili blander dan tumis sampai pecah minyak. Dah pecah minyak masukkan air, masuk kicap manis ADABI, agak-agak nak sambal cantik je jangan sampai hitam pulak dan asam keping.
2. Biar mendidih pastu masukkan telur dan seimbangkan rasa. Siap. Hiasan tu letak la bawang ke apa korang suka.
Boleh Cuba Sambal Minang Ni. Pedas dan Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Cik Puan Asrah Ali


