Mee

Resepi Mudah Bihun Goreng Cili Padi

resepi-mudah-bihun-goreng-cili-padi

Resepi Mudah Bihun Goreng Cili Padi

Bihun Cili Padi goreng jer tapi bagi saya teramat sedap. Masa makan tergigit cili padi kering tuu.. memang boleh berasap telinga. Rasa pedas-pedas bau harum daun ketumbar meme padu. Jom tengok resepi.

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus bihun direndam hingga lembut
  • 1 labu bawang holland
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ikat akar ketumbar
  • 10 biji cili padi kering potong serong
  • 2 sdb cili kisar
  • 3 sdb udang kering ditumbuk
  • 1 mangkuk ekor udang
  • 2 biji telur
  • 1 batang lobak merah dihiris mancis
  • Kobis bulat – dipotong
  • Brocoli – dipotong
  • 1 kiub ayam
  • 3 sdb sos tiram
  • 1 sdb gula
  • 1 cawan air
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang yang dihiris hingga wangi. Masukkan cili padi kering dan akar ketumbar. Tumis lagi hingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar dan udang kering yang ditumbuk tumis hingga garing dan wangi.

3. Masuk sedikit air dan bahan-bahan perasa, biarkan mendidih sebentar. Kemudian masukkan udang, brocoli, lobak merah, kobis dan masukkan bihun.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Goreng Sardin Mackerel

4. Tolak bihun ketepi kuali, pecahkan telur dan biarkan telur masak sekejap dan kacau-kacau.

5. Balik-balikkan bihun supaya bergaul rata dengan telur dan bihun sedikit kering. Boleh matikan api.

6. Hidangkan dengan bawang goreng dan daun bawang atau sup hiris dan tomato hiris.

Resepi Mudah Bihun Goreng Cili Padi

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar