Resipi Kerepek Kulit Kentang Crispy

Resipi Kerepek Kulit Kentang Crispy

Kulit kentang pun boleh jadi kudapan sedap! Rangup, masin lemak, dan cukup rasa memang laku keras bila satu family duduk depan TV. Sekejap je habis satu balang! Sesuai untuk kudapan petang, bawa berkelah, atau teman minum kopi. Jimat, mudah, dan yang penting semua suka. Jom kita lihat resepi Kerepek Kulit Kentang Crispy.

Bahan-Bahan:

  • Kulit kentang secukupnya (pastikan dibersihkan bersih)
  • Air paip (untuk rendam kulit kentang)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit (pilihan)
  • Serbuk paprika/serbuk cili (pilihan untuk pedas)
  • Tepung bestari@tepung beras gajah
  • Tambah perisa seperti cheese powder, seaweed, BBQ untuk variasi rasa.
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan kulit kentang, pastikan tiada tanah. Boleh rendam sekejap dalam air garam dan bilas banyak kali sehingga air bersih. Toskan kulit kentang hingga betul-betul kering. Lap dengan tisu dapur jika perlu.

2. Gaul kulit kentang dengan garam, serbuk kunyit, serbuk perasa atau paprika dan tepung. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Goreng kulit kentang dalam minyak panas hingga rangup dan keemasan. Jangan terlalu banyak masuk sekaligus.

3. Angkat dan toskan atas tisu dapur untuk buang lebihan minyak. Biarkan sejuk dan tambah perisa cheese powde atau seaweed atau bbq dll. Simpan dalam balang kedap udara. Dah siapp!

Boleh Guna Seaweed Powder Macam Ni, Pasti Kerepek Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Cik Ma