Resipi Celup Tepung Rangup Dengan Air Lada
Menu minum petang, ikang celup tepung dan keledek goreng tepung. Lawan dengan tea O. Resepi ni boleh juga guna untuk goreng pisang ye.
Bahan-Bahan:
- Ikang (selayang @ kembung, sotong dan udang)
- 1 peket Tepung Beras 500gm (terpulang cap apa, yang ni saya pakai tepung beras cap teratai)
- 1/2 sudu Serbuk kunyit
- 3 biji telur (telur itik lagi molek)
- Secubit garam
- Air kapur dlm 1 sudu besar
- 1 sudu besar cuka (tak nak letak pom takpe)
- 500ml air sejuk (saya pakai air coway yang sejuk)
- Minyak untuk mengoreng (pastikan minyak banyak ye)
Cara Membuat:
1. Ikang, udang dan sotong, siang dan basuh bersih-bersih serta toskan sampai air kering yer. Nak lap dengan tisu dapur pom boleh (kalau tak jadi jugok gaul dulu ngam tepung beras hok kering tu baru celup adunan tepung tu).
2. Campur semua bahan-bahan dengan air, air nie letak sikit-sikit je dulu tengok keadaan adunan tu. Adunan jangan pekat sangat dan jangan cair sangat, sukatan air dalam 500ml. Kacau sehingga sebati dan tepung tidak berketul-ketul.
3. Panaskan minyak, biar betul-betul panas yer dan minyak mesti banyak ye. Celup ikang sehingga rata dan goreng sehingga masak. Api sedang-sedang je yer, jangan besar sangat dan jangan kecil sangat.
4. Pastikan minyak yang banyak dan biar ikan yang digoreng tenggelam minyak. Goreng sehingga kekuningan sehingga masak. Tips nak bagi kerok banyak dan lembut lagi boleh lebihkan telor ye, lagi banyak telor lagi halus kerok.
Bahan Air Lada:
- 1 senduk cili kering kisar
- 1 keping nisang (saiz sederhana)
- 1/2 cawan air
- Air asam jawa/cuka (agak-agak je)
- 2 ulas bawang putih (ketuk)
Cara Buat: Masak je semua atas tu sehingga sedikit pekat. Lepas tu rasa nak masam-masam atau manis-manis, terpulang pada citarasa masing-masing. Boleh tambah gula kalau suka.
Lebih Sedap Kalau Makan Dengan Sambal Kicap Johor Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nor Khomariah Norrohman


