Masakan Barat

Resepi Sos Bolognese Citarasa Tempatan

resepi-sos-bolognese-citarasa-tempatan

Resepi Sos Bolognese Citarasa Tempatan

Maka, bakal menangis la orang Italy bila ternampak resepi kakak ini. Maaf le, kakak upgrade sikit resepi komer ni.

Pasta makan bersama sos bolognese? Mesti ramai yang suka, tapi tak ramai yang sesuai tekak dengan sos dia kan? Dulu suami kakak pun tak berapa sangat spaghetti bolognese, sekarang dia pulak terlebih western request nak makan spaghetti sebab sos ni.

Sos ni komer bolehlah juga guna untuk buat topping pizza atau makan dengan roti.

Untuk sos yang original, Italian kebanyakan pakai fresh tomato, rase yang lebih sedap. Tapi kita orang malaysia ni tak der mase nak buat homemade sos, pakai yang botol kadang sos terlebih masam dan sos rase muak.

Yang ni kakak buat sos yang sesuai dengan citarasa tekak local. Daging garing dan tidak hanyir, sos tidak terlalu masam dan paling penting sos sedikit pedas dan ada teksture letupan ‘crunchy’ bila kita makan.

Resepi Sos Bolognese (resepi untuk 3 paket pasta)

Bahan-Bahan:

3 senduk sambal kosong yang ditumis (cili, bawang, bawang putih)
3 paket daging cincang brand ramly (goreng garing)
2 tin cendawan butang (Di hiris kasar)
2 batang lobak merah (di potong dadu kecik)
1 biji bawang Holland (di potong dadu kecik)
1 paket cherry tomato (Belah 2)
2 botol sos besar sos bolognese
garam/gula
sos cili
Italian herbs
Mozarella cheese (optional, boleh letak lepas sos masak atau bila nak hidang)

Cara Masak:

Cuba Resepi Ni:  Resepi Makaroni dengan Sos Daging

1. Tumis bawang, carrot, mushroom & tomato, agak nak naik bau masuk sambal kosong tadi. Bila sambal dah nampak sebati masuk sos cili dan sos bolognese.

2. Bila nampak sos agak masak, baru masukan daging cincang. Kacau seketika, perasakan ikut kesesuaian tekak masing-masing. Bila nampak sos agak pekat dan minyak timbul atas kuali makna sos komer dah masak. Siap!

Tips: Resepi ni kakak pakai air sikit sekadar cuci sisa sos dalam botol tu, sebab tu sos akan pekat dan tidak cair. Baru la syok makan bertambah.

Resepi Oleh: Sania Weina