Cara Masak Kari Daging Versi Pekat

Cara Masak Kari Daging Versi Pekat

Ramai yang bertanya bagaimana cara saya memasak kari daging supaya nampak elok ja minyak bertakung apabila kari daging tu dah elok masak. Saya bukanlah pakar memasak tapi saya kongsikan juga cara saya memasak apa-apa jenis daging supaya cepat empuk dan tak mantol. Yang ada presure cooker tu lain, memang lagi cepatlah. Ini tips untuk yang masak terus guna kuali atau periuk biasa ya. Nak masak daging rendang pun boleh guna kaedah ini.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging (hiris nipis jangan besar-besar yer)
  • 5 biji kentang (potong ikut suka)
  • 2 biji bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 3 pcs bunga lawang
  • 1 1/2 asam keping
  • 1 kotak kecil santan ayam brand atau 3 cawan santan perahan pertama
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit bahan perasa
  • 4 senduk minyak untuk menumis

+ Nak lagi sedap, tambah 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih dan sedikit halia. Kisar dan dan tumis bersama bahan pes

Bahan Pes:

  • 5 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 cawan air
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar kerisik

+ Satukan dan kacau hingga sebati

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan bahan pes, tumis hingga elok naik minyak dan rempah garing.

2. Masukkan santan kotak, biar mendidih ganas dan elok naik minyak atau bertakung dipermukaan. Masukan daging dan perlahankan api (jangan letak air ya). Kacau-kacau sikit.

3. Tudungkan permukaan kuali. Teruskan masak guna api perlahan (bukan api paling kecik ya dan jangan guna api besar) sesekali buka tudung dan kacau. Tudungkan semula.

+ Ikut tips ini, ini adalah tips untuk cepatkan daging empuk dan tak mantul.

4. Masak hingga daging empuk. Setelah empuk bolehlah masukan kentang. Semasa masukan kentang dah boleh masak guna api besar.

5. Masukan asam keping, garam, gula dan bahan perasa. Jika suka berkuah masukan sedikit air dan biarkan mendidih. Sesuaikan rasa dan tutup api.

Kalau Guna Pes Kari Daging Ayam Ni Pun Sedap >> KLIK DI SINI

Cara Masak Kari Daging Versi Pekat

Resepi Oleh: Mariana Zainal