Resipi Brownies Kedut Super Moist dan Chewy
Brownies kedut super moist chewy-chewy makan tak boleh stop! Dulu buat meniaga resipi ni sampai hari ni ada orang tanya tak buat brownies ke? Maaf tak buat dah tapi haja share resipi ni ya, jemput cuba dengan gembira.
Haja pakai coklat berysl milk coin, boleh campur dark dan milk kalau nak rasa pahit-pahit sikit tak manis sangat. Brownies ni chewy ikut pada cara pembakaran kita.
Bismillahirohmanirohim.
5 step je dah jadi brownies boleh makan dengan kawan-kawan, dengan anak-anak, atau family tersayang. Resipi ni Haja pernah buat jual awal-awal baking dulu. Siap jual dan ramai suka. Macam biasa oven kena pandai jaga jangan tak masak, jangan terlalu kering. Kenalilah oven anda. Gitu.
Panaskan oven 15 minit sebelum bakar.
Suhu untuk rujukan 140c selama 30 minit.
Ada orang kata Susah la dapat yang kedut. Meh hakak nak bagitahu kedut tak kedut tu ikut resipi. Kalau kandungan coklat dia banyak, insyallah kedut. Cuma tricks dia bila gula tu.
Step 1 (Bahan A):
- 500 Gm milk coin beryls
- 180 Gm butter anchor salted
Cairkan coklat dan butter (double boil) guna kaedah panaskan air, letak bowl berisi butter n Coklat di atas. Butter memainkan peranan, nak sedap pakai anchor, lurpak atau la bella. Buttercup pun ok tapi bukan premium.
Step 2 (Bahan B):
- 4 biji telur grad A (anggaran 50-55gm sebiji) + gula castor 260 Gm
Step 3:
- Masukkan bahan A & B, kacau sehingga sebati sehingga tiada ketulan gula. Penting ni.
Step 4: Timbang bahan kering
- 180 tepung gandum + 40 Gm serbuk koko + 1tsp baking powder.
Jangan lupa ayak dulu (wajib ayak jangan malas-malas)
Step 5:
1. Masukkan semua bahan dalam bahan kering. Kacau sebati. Siap! Masukkan pecan atau walnut aatau tabur choc chip kat atas tu.
2. Masuk dalam Loyang (alas dulu). Guna loyang 10 inch (nipis), haja Guna 10 inch. Nak tebal sikit pakai Loyang 9 inch. Kalau ada Loyang 7 inch je bahagi dua semua bahan. Jelas tak?
Jemput guna, share dan panjang-panjangkan resipi ni. Haja halalkan. Selamat mencuba!.
Ramai Yang Dah Cuba Kepingan Brownies Perisa Mocha Ni. Memang Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Haja Saleh


