Pulut Gulung Rangup Berinti Rendang Ayam Kisar

Pulut Gulung Rangup Berinti Rendang Ayam Kisar

Hidangan untuk minum petang hari ini, pulut gulung rangup berinti rendang ayam kisar. Teksturnya rangup di luar dan pulut yang lembut di dalam berinti rendang ayam kisar yang sedap. Menggunakan santan Kelapa S&P menjadikan hidangan ini istimewa dan menyelerakan.

Bahan Pulut Gulung:

  • 500 grm beras pulut direndam air sehingga lembut
  • 2 cawan Santan Kelapa S&P
  • Garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan disimpul

Bahan Pelapis:

  • 2 bj telur dipukul ringan
  • Tepung gandum secukupnya
  • Breadcrumbs secukupnya

Bahan Rendang Ayam Kisar:

  • 100 g isi ayam kisar
  • 100 ml Santan Kelapa S&P
  • 2 sdb pes rendang
  • 1 sdb cili giling
  • Garam dan penyedap rasa
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun kunyit

Bahan-Bahan Kisar:

  • 1/2 bj bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 btg serai bahagian putih sahaja

Cara Penyediaan:

1. Rendang Ayam; Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan pes rendang, kacau sebati. Masukkan cili giling, kacau rata kemudian masukkan ayam kisar. Tambahkan santan kelapa S&P dan sedikit air. Masak hingga air menyusut. Tambahkan garam, penyedap rasa dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati. Tutup api. Ketepikan.

2. Pulut Gulung; Didihkan Santan Kelapa S&P, garam, dan daun pandan kemudian masukkan beras pulut. Gaul rata dan biarkan selama 15 minit hingga santan meresap. Kukus beras pulut selama 30 minit atau hingga masak. Letakkan pulut di atas plastik cling wrap atau daun pisang kemudian ratakan. Bubuh inti rendang ayam kisar dan ratakan. Gulung hingga padat.

3. Buka plastik atau daun pisang kemudian ambil gulungan pulut tadi dan golekkan dalam tepung gandum kemudian celup dalam telur. Salut dengan breadcrumbs hingga rata. Panaskan minyak yang banyak. Goreng pulut gulung hingga kecoklatan. Angkat dan toskan. Potong-potong dan siap dihidang.

Guna Pengukus Macam Ni Baru Pulut Masak Dengan Sempurna >> KLIK DI SINI

Pulut Gulung Rangup Berinti Rendang Ayam Kisar

Resipi Oleh: Eka Zahra