Manisan

Resepi Bubur Asyura Cara Orang Utara

resepi-bubur-asyura-cara-orang-utara

Resepi Bubur Asyura Cara Orang Utara

Salam semua harini saya nak share resepi bubur ashura orang utaqaaa mantap. Teringin nak makan bubur asyura ke tu? Kenapa nak beli kalau boleh buat sendiri kan.

Ayuh, bahan bahan yang diperlukan;

  • 1 cawan kacang hijau
  • 1 cawan kacang ketupat
  • 1 cawan kacang merah abc (ni kena rendam setengah jam dulu sebab keras betul dia ni)
  • 1 cawan kacang merah kecil
  • 2 ketul gula melaka
  • 1 cawan gula putih
  • 600g keledek oren
  • 1 tin jagung manis tin
  • 3 tongkol jagung biasa
  • Pisang 3 bijik
  • 3 cawan santan / 2 kotak setengah santan (kalau pakai jenis kotak)
  • 2 cawan tepung beras

Cara Membuat:

1. Masak dulu gula melaka 2 tongkol besar tu bersama dengan 1 cawan gula putih serta 1 cawan air. Api slow bagi cair semua gula ni dulu ya. Bila gula dan cair blend bersama 2 cawan tepung beras dan 3 cawan santan + 1 sudu kecil garam, step ni penting untuk hasilkan kuah yang tak berketul-ketul. Ketepikan dulu bahan blender.

2. Sementara itu, rebus kacang-kacang yang ada satu persatu sampai lembut. Nak tahu lembut ke tak picit-picit je dia, haha selagi keras tu teruskanla merebus. Nak rebus sekali pun boleh tapi kena hati-hati sebab ada kacang yang mudah lembut. Jangan dilupakan keledek ya rebus jugak keledek yang dipotong dadu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bun Kelapa Gula Melaka

3. Kacang dah lembut, masukkan la bahan yang telah diblend tadi diikuti dengan 1 tin jagung manis, butir jagung dan daun pandan. Masukkan pisang yang dipotong dadu, masuk last-last sikit, kalau masuk awal nanti hilang pisang kite.

4. Kacau, kacau dan kacau sampai la bubur dah pekat dan tak melekat dekat dekat periuk. Terus transfer dalam bekas dan zap sedia untuk dimakan. Ada yang suka makan sejuk-sejuk, masukkan dalam peti ais dulu ye. Itu saja mudah bukan?.

Resepi Bubur Asyura Cara Orang Utara

Resepi Oleh: Fa Phong