
Resepi Pulut Kuning Kelantan Lemak Manis Cukup Rasa
Alhamdulillah… sarapan dengan pulut kuning dengan rendang pagi ni. Pulut kuning orang kelantan, ada manis, masin, lemak santan. Guna sudip kayu untuk arung pulut, sudip ayah buat sendiri, tu rahsia pulut sedap kot.
Bahan-Bahan:
- Beras pulut – 1 kg
- Santan pekat – 1 1/2 cawan
- Garam kasar – 1 sudu besar
- Gula – 2 sudu besar
Bahan Sampingan:
- Pewarna kuning telur
- Serbuk kunyit 1 sudu kecil
- Asam keping/gelugur 2 keping
Cara Memasak:
1. Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, sedikit pewarna dan asam keping.
2. Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
3. Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut (boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau atau arung pulut guna sudip macam saya guna sampai rata.
4. Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi. Boleh la masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing, tak nak pun tak apa.
5. Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk. Untuk yang baru nak belajar masak pulut insyaAllah menjadi guna resepi ni. Terima kasih.
Boleh Guna Pengukus Elektrik 3 Layer Ni, Mudah dan Cepat! >> https://shope.ee/4fQCEGj9Kl
Resepi Oleh: Ismi Aishah