Resepi Bihun Goreng Blackpepper
Saya peminat nombor satu bihun goreng. Dapat sepinggan macam ni siapa tak suka kan? Haa. Tak nak jemu dengan rasa yang sama, kita pelbagaikanlah rencahnya.
Selalu buat bihun ditumis dengan cili kering kisar. Nak kelainan bolehlah cuba resepi ini pula. Makan pula dengan keropok lekor dan air lada. Fuhh tak sedar tambah kali kedua. Aha
Selamat mencuba!
Resepi ini untuk 1/2 plastik bihun.
Bahan kisar hingga lumat:
- 1 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 tangkai cili padi
- 1 sudu besar udang kering
Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar tadi. Selepas naik bau, masukkan kepingan daging yang teah dihiris nipis dan sedikit lebar.
*Penggunaan daging sangat disarankan sebagai bahan lauk kerana air daging dapat menaikkan lagi rasa bihun goreng.
Setelah daging sedikit empuk, masukkan hirisan sotong. Juga fishball atau fishcake.
Ketepikan lauk. Pecahkan sebiji telur. Biarkan ia sedikit mengeras sebelum dikacau rata.
Untuk sayur pilihan, masukkan kubis dan bunga kubis. Kemudian masukkan 1 sudu besar lada hitam kisar dan 1/2 sudu kecil serbuk lada putih. Tumis lagi.
Masukkan juga 2 sudu besar kicap sotong cair. Tambahkan;
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil gula
*Segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
Masukkan juga hirisan bawang merah sebiji belah 4. Kemudian, tambahkan sedikit sahaja air. Toskan bihun yang telah direndam lebih kurang 40 minit. Masukkan dalam kuali. Ratakan. Balikkan sesekali.
*Boleh tambah garam gula jika rasa belum sekata.
Setelah urat bihun lembut, tabur hirisan;
- carrot
- cili merah
- cili hijau
dan cili padi hijau merah. Nak lagi sedap, tambahkan taugeh sekali. Gaul rata dan tutup api.
Untuk hidangan, Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang, cili padi potong hijau merah dan bawang goreng. Juga sedikit serbuk lada hitam.
Boleh lengkapkan hidangan dengan telur mata serta keropok lekor atau keping. Jangan lupa sambal air lada sekali. Okay, selamat mencuba semua.

Resepi Oleh: Afy AL Habibi