Resipi Churros Mudah ala Khairul Aming

Resipi Churros Mudah ala Khairul Aming

Anak lelaki minta buatkan Churros pagi-pagi ni. Tapi bila dah siap, dia makan satu je. Pastu cakap dah penuh (kenyang). Kena scam juga kita dengan budak ni. Takpalah. Alang-alang dah buat, meh nak share resepi. I follow dari Khairulaming.

Bahan-Bahan:

  • 1 + 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 + 1/2 cawan air
  • 125g butter
  • 3 biji telur
  • Secubit garam
  • Gula
  • Cinnamon powder (I tak suka. Ganti dengan Milo)
  • Nutella/Chocolate spread (untuk dip)

Cara Membuat:

1. Panaskan air. Masukkan butter dan garam. Kacau sebati. Masukkan tepung dan kacau sampai tepung tu masak, lepastu tutup api. Kacau-kacau lagi sampai suam sikit.

2. Bila dah suam, masukkan telur satu-persatu sambil kacau. Pakai senduk kayu je ye. Kacau sampai telur tu betul-betul rata atau sebati dengan doh. Doh yang dah siap masukkan dalam piping bag.

3. Panaskan minyak. Paip dan gunting ke dalam minyak panas. Goreng sampai kekuningan. Toskan. Tabur gula + cinnamon powder. Siap untuk dimakan dengan Nutella atau chocolate dipping. Selamat mencuba.

Guna Alat Ni Untuk Buat Churros, Lebih Mudah dan Menjadi Elok >> KILIK DI SINI

Resipi Churros Mudah ala Khairul Aming

Resepi Oleh: Cik Puan Jue