Sambal & Pencicah

Resepi Bahan Rempah Untuk Ikan Bakar

resepi-bahan-rempah-untuk-ikan-bakar

Resepi Bahan Rempah Untuk Ikan Bakar

Bahan-Bahan:

  • 2 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 hiris halia*
  • 5 batang serai*
  • 4 sdb cili kering – (yang sudah dikisar halus)
  • 1 ketul belacan/terasi – (besar ibu jari)
  • gula, garam & ajinomoto – (jika suka)
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • 4 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan – (hiris halus)

Cara Membuat:

1. Kisar bahan yang bertanda (*), panaskan minyak dalam kuali. Tumis BELACAN/TERASI dahulu kasi wangi 1 rumah.

2. Lepastu masukkan cili kering yang sudah dikisar halus, kacau sampai pecah minyak. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.

3. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau sekejap. Selepas itu biar sampai naik minyak, kacau SEKALI SEKALA.

4. Apabila sudah naik minyak, masukkan bahan perasa dan air asam jawa. Kemudian perlahankan api, biarkan dia masak dengan api kecil. Lagi lama dimasak lagi sedap.

5. Kacau sekali sekala ya, sudah puas hati dan cukup dia punya rasa boleh tutup api. SIAP!

Cuba Resepi Ni:  Sambal Tempe Ikan Bilis Kacang Ratah Pun Sedap

Nota: Paste ini sesuai dibakar dengan apa sahaja jenis ikan, paling sesuai ikan merah atau sebagainya.

Resepi Bahan Rempah Untuk Ikan Bakar

Resepi Oleh: Zuita Aisyah