
Resepi Kuih Makmur Asli Salut Gula Aising
Kuih MAKMUR ni mesti ada masa hari raya. Sekarang macam-macam variasi, ada orang suka salut kuih makmur guna susu tepung campur gula aising. Tapi saya lebih suka yang asli makmur salut gula aising. Jom kita kongsi.
Bahan-Bahan:
- 1 kg tepung gandum
- 1/2 kg kacang tanah
- 300g minyak [email protected]
- 100g Planta
- 3 sudu makan gula kaster
Bahan Inti: Kacang tanah kisar + gula
Bahan Hiasan: Gula aising – ayak
Cara Membuat:
1. Goreng kacang tanah hingga masak. Jangan sampai hangus. Sejukkan. Blend sampai halus dan bahagi dua. Satu bahagian taruh gula untuk inti makmur (tak taruh pun tak apa). Boleh sediakan awal kacang tanah goreng.
2. Goreng tepung tanpa minyak hingga kekuningan. Sejukkan dan ayak (Boleh sediakan awal goreng tepung). Masukkan minyak sapi dan Planta dalam periuk dan masak hingga cair.
3. Dalam satu bekas, masukkan tepung, kacang kisar, gula serta minyak sapi dan Planta yang dicairkan tadi. Uli hingga menjadi doh dan tak melekat ditangan. Kalau adunan lembut tambah tepung, dan kalau keras tambah minyak sapi sikit.
4. Sementara itu, panaskan oven selama 10 minit guna api atas bawah 170°C. Bulat-bulatkan doh dan leper, taruh inti dan bulat-bulatkan semula. Susun dalam loyang dan bakar guna api 170°C selama 30 minit (ikut kesesuaian oven).
5. Setelah masak, golekkan dalam gula aising hingga semua kuih tu jadi putih. Simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.
Nota: Kalau nak buat kuih makmur, terlebih dahulu buat persediaan goreng tepung dan goreng kacang supaya masa tak terganggu masa nak buat doh kuih makmur. Boleh buat kerja ni sehari sebelum buat kuih makmur. Dan seterusnya kisar kacang tanah goreng tadi.
Resepi Oleh: Dyzah Sulaiman