
Resepi Cornflakes Crunchy Cookies
Bahan-Bahan:
1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
1/4 cwn tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes ramas kasar
200g butter (suhu bilik)
3/4 cwn gula kastor
1 biji kuning telor
Cara-Cara:
1. Gula dan butter di pukul dalam 5 minit. Boleh guna whisk dan masukkan telor.
2. Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder, gaul sebati.
3. Panaskan oven terlebih dahulu 170c selama 10 minit. Sapu nipis permukaan loyang dengan butter.
4. Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis. Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah.
Resepi Oleh: Shahira Sharif