Resepi Caramel Butterscotch Brownies
Bahan-Bahan:
- 3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
- 1 cawan gula perang (brown sugar) kalau tak suka manis boleh kurangkan
- 1/2 cawan mentega (buttercup)
- 1 biji telur
- 1 mangkuk kecil badam nib
- 1 mangkuk kecil kepingan badam
- Sedikit butterscotch chips
- 1/2 susdu teh garam halus
- 1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:
1. Cairkan mentega, masukkan gula perang kacau hingga licin tidak berbintil dan sejukkan dahulu. Masukkan telur, esen vanila, garam dan pukul sebati.
2. Kemudian masukkan tepung naik sendiri, aduk hingga sebati. Masukkan kekacang atau badam dan aduk sekata.
3. Sediakan loyang 8 inci dilapik dengan kertas baking, tuang adunan dan ratakan. Pastikan oven dipanaskan dahulu, bakar selama 25-30 minit, suhu 160.
4. Sejukkan dahulu kemudian potong. Sedia dihidang bersama dengan secawan kopi. Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Aleen Aireish