Resipi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Sedap

Resipi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Sedap

Menu cikna arini, Nasi Lemak Daun Pisang. Nasi lemak yang sedap sebenarnya terletak pada rasa sambal yang sedap, barulah meletops rasa nasi lemak kita tu. Nasi lemak saya ni tak berlemak sebab tak guna santan, sapa-sapa suka nasi lemak pakai santan, boleh ja olah ikut selera masing-masing.

Bahan Tumis:

  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland

Semua bahan tumis dimayang.

1 helai daun pandan – untuk mewangikan bau sambal

Bahan Kisar:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 1/2 mangkuk cili kisar (saya guna cili kering gemuk-gemuk yang tak pedas)
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 10 ekor ikan bilis

Lain-lain Bahan:

  • 1 gengam ikan bilis
  • 1 keping gula melaka – untuk rasa lemak manis
  • 1-2 sudu besar gula – kena ada rasa manis
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1/2 keping asam keping – bila dah ada rasa masam boleh keluarkan dari kuali
  • Garam
  • Maggi cukup rasa
  • Sedikit air

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak yang agak banyak untuk memastikan bahan tumisan masak dan garing sempurna. Tumiskan bahan-bahan tumis tadi, bila dah garing masukkan bahan yang kita kisar tadi.

2. Masak sehingga pecah minyak dengan api yang perlahan untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.

3. Setelah sambal pecah minyak, masukkan gula melaka dan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal yang merah cantik. Masukkan sedikit air.

4. Kemudian masukkan asam keping dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan. Saya masak agak lama untuk memastikan sambal kita masak sempurna.

5. Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam dan maggi cukup rasa. Masukkan kicap manis dan siap untuk dihidang.

Resipi Nasi Lemak cara saya;

Bahan-Bahan:

  • 3 pot beras cuci dan toskan
  • 2sb susu pekat
  • 1/2 inci halia – hiris nipis-nipis
  • 2 biji bawang merah – hiris
  • 1 ulas bawang putih – hiris
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Sedikit minyak
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam

Cara Memasak: Masak nasi macam biasa dengan semua bahan-bahan di atas. Nasi lemak dihidangkan bersama dengan ikan bilis goreng, telur rebus, ayam goreng berempah, sambal nasi lemak dan timun.

Guna Ikan Bilis Jenis Ni Baru Rangup & Tak Liat >> KILIK DI SINI

Resipi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Sedap

Resipi Oleh: Bonda Aisyah