Resipi Biskut Mazola Tradisional Guna Empat Bahan

Resipi Biskut Mazola Tradisional Guna Empat Bahan

Hah, mana yang masih tak ada atau tak beli lagi kuih raya tu, meh kita buat biskut mazola paling senang dan guarantee sedap!. Biskut ni dari kami kecil lagi mak buat untuk kami makan dan mak jual. Dah lebih 30 tahun inilah resepinya tak ada ubah apa-apa. Jadi, kalau nak ikut resepi ni boleh ikut. Tapi kalau rasa nak kurangkan manis tu boleh juga nanti kurangkan sikit gula icing ye.

Bahan-Bahan:

  • Tepung gandum – 250g
  • Gula Icing – 250g (boleh kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • Serbuk kacang (peanut powder) – 250g
  • Minyak mazola/minyak masak – 200g

Nota: Untuk bahan dekat atas ni boleh dapat dalam 200pcs biskutnya.

Cara Membuat:

1. Pastikan ada bowl besar untuk kita nak satukan semua bahan ni nanti. Mula-mula masukkan tepung gandum, gula icing dan peanut powder dalam bowl dan kacau sebati. Guna senduk aja kacaunya.

2. Bila dah sebati, baru masukkan minyak. Minyak ni jangan tuang habis, tinggalkan sikit. Ada masa bila kita terlebih gaul nanti minyak akan keluar lagi.

3. Yang ini eloklah gaul pakai glove. Sampai dapat texture yang boleh dikepal dan dia dah tak berderai. Jangan terlebih minyak pulak ye. Tapi kalau terlebih, just tambah sikit aja tepung untuk bagi doh elok balik.

4. Dah siap doh, alas plastic dan canaikan. Lepas tu tekaplah. Ikutlah nak buat rupa apa. Bulat boleh, petak boleh, ikan boleh, gajah pon boleh. Kita buat dia kan?. Nak gentel bulat-bulat aja pun boleh.

5. Dah siap tu, ambil telur kuning dan tambahkan sikit pewarna egg yellow dan sapulah atas biskut tu. Lepas tu bakarlah. Jangan kau orang pergi steam pulak. Bakar dengan suhu 170c selama 20 minit.

6. Bila dah siap bakar tu bau dia ya ampun. Kalau tak puasa tu lama dah ngap sedulang. Make sure nampak warna biskutnya brown macam ni ye. Kalau putih-putih lagi tu tandanya tak masak lagi. Biskut yang ada kacang ni kita kena betul-betul masak, sampai dia masak betul untuk nak elakkan nanti dia akan bau hapak dan rasa dia kurang sedap.

Jom Cuba Biskut Mazola Kampung Ni, Rangup dan Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Biskut Mazola Tradisional Guna Empat Bahan

Resipi Oleh: Wan N Wan M