
Homemade Mini Cinnamon Rolls Dengan Royal Icing Glaze
Bahan A: Doh
- 1 cawan susu kotak (suam)
- 1 1/4 sudu teh yis kering
- 2 sudu besar gula pasir
- 2 sudu besar butter (suhu bilik)
- 2 1/2 cawan tepung gandum
Bahan B: Taburan
- 1 cawan gula perang
- 3 sudu besar serbuk kayu manis (cinnamon)
- 1/2 cawan mentega (butter)
Bahan C: Royal Icing Glaze
- 2 sudu makan air masak
- 1/2 sudu lemon/lime jus
- 1 cawan icing sugar (diayak)
Campurkan semua bahan dan kacau sehingga semua bahan serata.
Cara Membuat:
1. Larutkan yis dan gula dalam susu suam. Tunggu sehingga yis kembang. Di dalam mixer (gunakan cangkuk doh roti), masukan tepung, butter dan campuran yis yang telah kembang. Adunkan sehingga sebati (10 – 12 minit) sehingga adunan tidak lekat di dalam bekas mixer.
2. Keluarkan adunan doh dan ulikan (kneeding process) selama 5 minit. Kemudian masukan ke dalam bekas yang disapu minyak. Tutup dan biarkan doh naik 2 kali ganda. Bila doh dah naik 2 kali ganda, uli doh sebentar (sapukan tangan dengan tepung dan taburkan sedikit tepung diatas meja canai).
3. Canai doh nipis (ketebalan 3/4 inchi) berbentuk segi empat. Sediakan bahan taburan. Di dalam mangkuk berasingan, campurkan gula perang dan serbuk kayu manis. Gaul rata.
4. Sementara itu, griskan loyang pembakar dengan butter atau minyak jagung/sayuran. Sapukan mentega di atas doh yang dicanai nipis tadi dan kemudian taburkan rata campuran bahan taburan di atas doh.
5. Gulung doh dengan kemas dan potong doh gulung saiz 1 inchi atau mengikut ukuran kegemaran. Susun di dalam loyang pembakar dengan jarakan sedikit doh kerana doh akan naik kembang.
6. Tutup dengan tuala basah atau plastik pembalut doh roti yang telah disusun dalam loyang pembakar. Tunggu doh naik sekali ganda lagi. Setelah doh naik, sapukan susu segar dipukul dengan sebiji telur diatas doh sebelum dibakar.
7. Bakar pada suhu 170 celcius diantara 25 ke 35 minit. Keluarkan dari oven. Biarkan sejuk seketika sebelum dihias dengan royal icing. Sedia untuk dihidang.
Resepi Oleh: Shirlyna Hassan