Resipi Biskut Tart Nenas Minyak Sapi

Resipi Biskut Tart Nenas Minyak Sapi

Alhamdulillah… Dah siap biskut raya ke-7 untuk tahun nih. Ade ker yang suka makan tart yang letak Minyak Sapi?. Buat 4 adunan rinih, inti 3 kg. Inti saya beli kat bakery je, beli yang premium, dia tak manis sangat. Lagi sikit tinggal intinya. Esok sambung lagi untuk next cookies tapi menggunakan inti nenas jugak.
Resepi saya sertakan sekali yea. Semoga bermanfaat, InshaAllah.

Bahan-Bahan:

  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 sdb tepung jagung
  • 2 sdb susu tepung
  • 1 1/2 sdb minyak sapi
  • 1 biji telur kuning
  • 1 sdk esen vanilla
  • Setengah cawan gula castor/gula halus
  • 1 cwn butter/marjerin
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur + pewarna oren/kuning + susu cair 1 sdb (untuk disapu atas biskut)

Cara Membuat:

1. Kacau butter atau planta, minyak sapi, gula, telor kuning, dan esen vanilla. Kacau kasi sebati jer. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung susu yang diayak bersama terlebih dahulu.

2. Uli sampai tak lekat kat tangan. Kalau masih melekit, tambah tepung gandum yea, tambah sikit-sikit sambil uli. Adunan memang lembut dan ringan. Bagi rehat selama 20 minit baru boleh dibentuk.

3. Sapu loyang pakai minyak yer. Paipkan kulit tart, letak inti dan gulung. Susun atas loyang dan sapu dengan telur tadi. Bakar dengan suhu 160c, api atas bawah dalam masa 15-20 minit. Kalau tolak dah tak lekat, dah masak lah tu InshaAllah. Good luck.

Pernah Makan Tart Nenas Disalut Keju? Lebih Sedap Dari Tart Nenas Biasa >> KLIK DI SINI

Resipi Biskut Tart Nenas Minyak Sapi

Resipi Oleh: Pn Habsah Ngah