Resepi Ayam Sambal Sesuai Makan Dengan Nasi Lemak

Resepi Ayam Sambal Sesuai Makan Dengan Nasi Lemak

Ayam sambal ni sesuai dimakan dengan nasi lemak. Anak-anak lebih suka makan ayam sambal ni dengan nasi lemak. Kalau masak merah untuk nasi minyak lain pulak cara saya masaknya.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam – potong kecil
  • 6 sudu besar cili kering kisar
  • 10 biji bawang merah kisar
  • 5 ulas bawang putih kisar
  • 1 inci halia kisar
  • 1 inci lengkuas kisar
  • 5 batang serai (ambil 3 bahagian yang putih sahaja dikisar, 2 lagi diketuk)
  • sos cili kumball secukupnya
  • serbuk kunyit
  • garam
  • gula kabung

Cara Memasak:

1. Gaul ayam yang dipotong dengan serbuk kunyit dan garam hingga sebati. Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.

2. Guna minyak lebihan goreng ayam tadi, tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serai yang diketuk, kacau rata.

3. Tambahkan sedikit air, garam, dan gula kabung secukup rasa dan kacau sebati. Masukkan sos cili dan kacau lagi. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau hingga sebati.

4. Masak dengan api sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis naik mintak bolehlah tutup api. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Makan Nasi Lemak Dengan Sambal Hijau Minang Ni Pun Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resepi Ayam Sambal Sesuai Makan Dengan Nasi Lemak

Resepi Oleh: Nur Masri