Resipi Sup Ayam Tomato Menambah Selera
Sup ayam tomato cara saya. Suka letak tomato masa menumis, khasiat dia pun banyak. Rasa pun lebih umami. Kalau diri sendiri dan anak tak sihat, ni lah makanan kami anak beranak. Comfort food orang cakap. Kiub ayam terpulang nak letak ke tak. Kalau ada stok kat rumah, saya letak je. Tapi kalau tak nak letak pun takpe. Last sekali tabur bawang goreng masa nak hidang tu, memang syok.
Makan time tengah tak sihat, segar je rasa. Takde berempah sangat. Warna dia memang akan jadi oren-oren gitu sebab hasil daripada tumisan tomato tu. Jangan risau, rasa masih on point. Cukup rasa masam dan pedas daripada cili api tu, memang puas hati. Hirup gitu pun dah suka.
Bahan-Bahan:
- Ayam 7-8 ketul (size kecik)
- Air 3 mangkuk
- Carrot/Kentang
- 1 Biji tomato
- 4-5 sb jus limau/perahan limau
- Daun sup dan cili api
- Bahan perasa
Bahan Tumis:
- Bawang merah sebiji size kecik (hiris halus)
- Bawang putih 2 ulas (hiris halus)
- Halia 2 inci (dihiris)
- Akar daun sup
- 4 sekawan
- Tomato sebiji
Cara Memasak:
1. Letak minyak sikit je. Portion ni untuk 2-3 orang makan. Kalau ramai boleh lebihkan portion. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, dan halia serta masukkan akar daun sup, rempah 4 sekawan dan seibiji tomato sebiji yang dipotong kecil. Tumis sampai naik bau dan bahan-bahan layu.
2. Lepastu masukkan ayam dan gaul-gaul ayam dengan bahan tumis tadi. Masukkan air dalam 3 mangkuk. Sorang makan portion 1 mangkuk kecik/1 cawan kecik. Ni untuk 3 orang makan, jadi kita letak 3 mangkuk kecik air. Lepastu boleh masukkan carrot. Kalau ada kentang boleh masukkan. Farah tak masukkan sebab tak makan kentang dalam sup.
3. Bila sup dah mendidih, masukkan lagi tomato sebiji. Sup banyak tomato ni serious sedap doh. Rasa lebih umami dan fresh. Khasiat pun banyak. Masukkan jus limau dalam 4-5 sudu besar. Ikut lah taste masing-masing. Kalau suka masam, lebihkan. Kalau takde, boleh perah limau kasturi/limau nipis. Lagi bagus. Rumah kita takde limau, tu yang ganti dengan jus ni.
4. Masukkan daun sup dan cili api. Cili api tu kalau suka pedas boleh potong-potong dulu. Farah tak potong sebab nak makan dengan anak sekali. So takde lah pedas. Makan dengan nasi baru picit-picit bagi pedas. Tunggu jap sampai dia menggelegak dalam 10 minit.
5. Bila ayam dah empuk, masukkan secukup rasa. Boleh ganti dengan garam/aji/mushroom seasoning atau apa-apa jelah ikut taste masing-masing ye. Letak lah sampai okay dengan tekak anda.
6. Tada ini lah hasilnya! Sup memang akan jadi warna oren-oren gitu sebab datang daripada warna tomato tu. Sedap taw! Pair dengan telur dadar, pastu picit cili api masa makan dengan nasi. Memang segar je rasa.
Makan Dengan Sambal Minang Ni, Sedap Dan Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nor Farah Atika


