
Resepi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis
Salah satu resepi sarapan atau minum petang orang dulu-dulu ialah lempeng kelapa. Cara nak buat pun mudah dan rasanya lemak manis sedap.
Bahan-Bahan:
- Kelapa Parut 250gm
- Tepung Gandum 500gm
- Baking Powder 5gm
- Garam 1 sudu kecil
- Gula 150gm (boleh tambah)
- Telur 2 biji (optional)
- Air biasa (agak- agak)
Cara Buat:
1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali air dan campurkan bagi serata. Last sekali baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit likat (cair sedikit dari adunan cekodok).
2. Setelah adunan siap panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali. Bila kuali dah panas kecilkan api lalu masukkan adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu.
3. Tunggu bahagian bawah lempeng sedikit perang bolehlah terbalikkan. Jangan kedekut kelapa parut barulah lempeng jadi sedap dan berlemak. Siap!.
Guna Kuali Leper Macam Ni Baru Lempeng Masak sekata >> https://shope.ee/9zRPO0CxNv
Resepi Oleh: Jejaka Brownie