Kek

Resepi Sandwich Cheesecake Mudah dan Senang

resepi-sandwich-cheesecake-mudah-dan-senang

Resepi Sandwich Cheesecake Mudah dan Senang

Bahan-Bahan: Loyang 6 inci, dapat 4 pcs

  • 8 keping biskut – Saya pakai jacobs. Kalau pakai biskut yang lagi kecil akan dapat lebih dari 4 pcs
  • 250 gram cream cheese
  • 150 gram dairy whipping cream
  • 50 gram gula icing
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 25 gram oreo yang dihancurkan atau 125 coklat yang dicairkan

Cara Membuat:

1. Alaskan loyang petak dengan baking paper untuk hasil yang lebih kemas.

2. Letakkan 4 keping biskut terlebih dahulu. Letak dalam chiller atau peti sementara buat lapisan mousse. Ada 2 flavour atau perisa boleh pilih mana-mana.

3. Perisa Oreo;

  • Beat atau pukul 250 gram cream cheese pada suhu bilik. Lepas beat dalam 2 minit, stop. Masukan gula icing dan essen vanila. Sambung beat sampai sebati.
  • Pada bekas lain, beat 150 gram dairy whipping cream sehingga kental. Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair.
  • Masukan 25 gram oreo yang dihancurkan atau terpulang nak letak banyak mana. Sebagai flavour sahaja. Ratakan atas lapisan biskut tadi.
  • Bil dah ratakan, letak lagi 4 keping biskut dekat atas. Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.

4. Perisa Chocolate;

  • Beat 250 gram cream cheese pada suhu bilik. Lepas beat dalam 2 minit, stop. Masukan gula icing dan essen vanila. Sambung beat sampai sebati.
  • Dah sebati, masukkan 125 gram coklat yang telah dicairkan. Beat sebati dan bila dah sebati stop.
  • Pada bekas lain, beat 150 gram dairy whipping cream sehingga kental. Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair.
  • Ratakan atas lapisan biskut tadi. Dah ratakan, letak lagi 4 keping biskut dekat atas. Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.
Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Marble Nutella

Nota: Gula atas tu pakai dusting sugar baru dia tak menyerap, kekal elok atas kek. Yang ghaib tu kalau pakai gula icing. Selamat mencuba!.

Resepi Sandwich Cheesecake Mudah dan Senang

Resepi Oleh: Muhammad Ali