Resepi Blueberry Oreo Layer Cheesecake
Resepi ini wajib pakai blueberry puree yang dibuat sendiri. Jom saya ajar cara-caranya.
Bahan-Bahan: (Loyang 6 inci)
Blueberry Puree –
- 300 gram blueberry
- 95 gram gula kastor
Base –
- 60 gram salted butter
- 180 gram oreo yang dihancurkan – Boleh both, nak hancurkan bersama inti dia sekali pun boleh.
Blueberry Mousse (wajib ada piping bag) –
- 250 gram cream cheese
- 140 gram dairy whipping cream
- 3150 gram blueberry puree
- 40 gram gula icing
Oreo Mousse (wajib ada piping bag) –
- 250 gram cream cheese
- 140 gram dairy whipping cream
- 100 gram oreo yg dikisar halus
- 1 sudu kecil essen vanila
- 40 gram gula icing
Topping –
- 100 gram blueberry puree
- 50 gram dairy whipping cream
Cara Membuat:
Base –
1. Cairkan 60 gram salted butter dan gaulkan bersama 180 gram oreo yang dihancurkan. Boleh both, nak hancurkan bersama inti dia sekali pun boleh.
2. Mampatkan dalam loyang 6 inci. Kalau loyang petak lapik baking paper dan setkan 30 minit dalam chiller.
Blueberry Puree –
3. Direct api. Letak 300 gram blueberry + 95 gram gula kastor. Api perlahan dan kacau-kacau atas api sekejap. Dalam 5 minit lebih kurang biasanya puree berbuih-buih. So kacau lagi dalam 1 minit sampai pekat dan tutup api.
4. Jangan risau biasanya memang akan ada puree yang masih dalam keadaan berbiji-biji. Tuangkan puree tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar halus. Dah kisar, letak tepi dulu. Kita buat lapisan seterusnya.
Blueberry Mousse (wajib ada piping bag) –
5. Beat 250 gram cream cheese (pastikan cream cheese sudah berada di suhu bilik), beat 2 minit then masukkan 40 gram gula icing.
6. Beat 1 minit lagi then masukkan 150 gram blueberry puree yang kita buat tadi. Mix sampai sebati, jangan terlebih beat nanti jadi lembik. Kena hati-hati.
7. Pada bowl yang lain, beat 140 gram dairy whipping cream sehingga kental. Dah kental boleh kaup balik dengan adunan cream cheese tadi. Dah sebati, stop dan masukkan dalam piping bag then masukkan dalam chiller.
Oreo Mousse (wajib ada piping bag) –
8. Beat 250 gram cream cheese (pastikan cream cheese sudah berada di suhu bilik). Beat 2 minit then masukkan 40 gram gula icing + 1 sudu kecil essen vanilla.
9. Sambung beat sampai sebati. Jangan terlebih beat, nanti jadi lembik, kena hati-hati. Dah sebati, stop. Pada bowl yang lain, beat 140 gram dairy whipping cream sehingga kental.
10. Dah kental, boleh kaup balik dengan adunan cream cheese tadi. Dah sebati, stop dan masukkan dalam piping bag then masukan dalam chiller.
Cara Layer –
11. So sekarang ada 2 piping bag. Satu oreo mousse dan satu lagi blueberry mousse. Layerkan oreo dulu, agak-agak separuh piping bag yang kita dah pipekan. Stop pipe, ratakan.
12. Setkan 30 minit dalam chiller. Kalau malas nak tunggu lama-lama. Set dalam freezer selama 15 minit then pipekan lapisan blueberry pula. Turutan layer dia;
- oreo
- blueberry
- oreo
- blueberry
13. Setiap layer ni setkan 30 minit dalam chiller. Kalau malas nak tunggu, setkan 15 minit dalam freezer. KALAU MALAS LAGI BUAT DUA LAYER JE. BAWAH OREO, ATAS BLUEBERRY. SETTLE.
14. Dah siap pipe, lebihan piping tu silalah letak dalam chiller. Jangan letak luar okay. Untuk kita pipekan layer yang seterusnya. Bila dah siap layer kek, setkan lagi sejam.
Topping –
15. Campurkan baki 100 gram blueberry puree + 50 gram dairy whipping cream. Campur macam tu je, tak perlu double boil. Tuang atas lapisan kek tadi, setkan semalaman atau 10 jam ke atas.
16. Kalau nak potong petak-petak macam saya buat, masuk dalam freezer jap dalam 15 minit baru potong. Baru cantik dan sharp.
Kek ni tak tahan lama dalam suhu bilik sebab tiada gelatin. Lepas 30 minit dia akan start mencair. Dah nama pun chilled cheesecake atau kek tanpa bakar. Selamat mencuba dan hiaslah ikut kreativiti anda!.
Resepi Oleh: Mr. Ali