Kari

Resepi Kari Telur Berkerisik Kuah Pekat

resepi-kari-telur-berkerisik-kuah-pekat

Resepi Kari Telur Berkerisik Kuah Pekat

Sejak kebelakangan ni, saya sibuk practice dan merekod diri sendiri memasak demi menghidupkan semula YouTube channel yang dah lama tidur. Insyaallah, bulan April nanti hiduplah dia semula. Semoga segala perancangan saya akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Harini, saya masak lauk simple je. Kari telur berkerisik. Kuahnya saja saya buat pekat nanti esok bolehlah di’geng’kan dengan roti jala (kalau rajin buat).

Bahan-Bahan (3-5 hidangan):

  • 2 tangkai daun kari*
  • 1/2 batang kulit kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 2 biji bunga cengkih*
  • 2 biji buah pelaga*
  • 4 biji bawang kecil (saiz 10 sen)/ 1 biji bawang besar**
  • 2 ulas bawang putih**
  • 1 inci halia**
  • 1 biji tomato
  • 1 paket kecil rempah kari ayam & daging + 1 sdb serbuk cili (bancuh dengan sedikit air sehingga menjadi pes)
  • Sedikit air
  • 3 biji kentang
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan santan
  • Secubit asam keping
  • 1/2 – 1 sdb kerisik
  • 6 biji telur rebus
  • Garam secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Kisar bahan-bahan yang bertanda (**). Kemudian, kisar kasar tomato. Panaskan minyak masak. Masukkan bahan-bahan yang bertanda (*).

2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis seketika sehingga naik bau. Masukkan tomato yang telah dikisar kasar dan pes rempah yang telah dibancuh.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol

3. Masak sehingga pecah minyak. Tambahkan sedikit air dan ulang 3-5 kali supaya kari tahan lebih lama. Masukkan kentang dan air. Kacau rata dan biarkan sehingga kentang empuk.

4. Masukkan pula santan, asam keping dan kerisik. Perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali, masukkan telur rebus. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih seketika.

Nota: Tambahkan lagi air jika tidak suka kuah yang pekat.

Resepi Kari Telur Berkerisik Kuah Pekat

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah