Resepi Cream Crackers Homemade
Biskut ala ala cream crackers ni tak kurang sedapnya kalau buat sendiri.
Bahan-Bahan:
- 2 sudu besar butter
- 1 sudu besar cream cheese
- 1 cwn tepung gandum
- 2 sudu besar minyak
- 1/4 cwn air (tak habis pun, guna sikit je)
Cara-cara:
1. Gaul sebati butter dan cream cheese. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis. Masukkan minyak dan gaul sebati.
2. Last sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sikit demi sikit sampai adunan tak melekat ditangan.
3. Terapkan dengan acuan kesukaan. Saya potong petak guna pisau je. Then buat lubang dengan garfu dan terap nama anak kat tengah tengah.
4. Bakar pada suhu 170°c selama 15-20 minit api atas bawah.
Nota:
- Sila gelek adunan tu nipis-nipis ya kalau tak nak keras.
- Kena pantau biskut masa tengah bakar, kalau dah nampak perang, boleh angkat.
Just nak share rupa acuan tulisan untuk terap atas biskut. Comel kan? Acuan ni saya beli di Lazada RM5.20 termasuk pos. Boleh search alphabet mould/alphabet stamp ya.
Resepi Oleh: Wahidah Hasan