Pes Kacang Merah Boleh Buat Inti Pau

Pes Kacang Merah Boleh Buat Inti Pau

Hai kawan kawan semua. Terima Kasih atas sokongan dan kesabaran kalian semua. Hari tu Amoijamu ada tanya sesiapa nak buat Pau Kacang Merah kan? Saya menerima banyak permintaan untuk menghasilkan Pau yang lembut dan gebu seolah olah dikedai Dim Sum Halal, dan seperti yang dijanjikan inilah Bahagian Pertama daripada Resipi Pau Kacang Merah kita. Hari ni Amoijamu kongsikan dahulu bagaimana kita menghasilkan Pes Kacang Merah yang akan digunakan sebagai inti Pau Kacang Merah kita nanti.

Bahan-Bahan:

  • 200g Kacang Merah
  • 600ml Air
  • 200g Gula Halus
  • 4 sudu besar Minyak Masak
  • 10g Tepung Pulut atau Tepung Jagung
  • 4 sudu besar Air
  • Secubit Garam

Cara Penyediaan:

1. Cuci kacang merah dan rendamkan dengan air masak dan biarkan semalam dalam peti sejuk, lebih kurang 8 ke 12jam. Keesokan harinya, buangkan air rendaman dan masukkan kacang merah ke dalam periuk.

2. Isikan dengan air dan masak pada suhu sederhana selama 1jam ke 2 jam atau sampai kacang merah lembut dan empuk. Boleh juga guna pressure cooker, multi cooker atau periuk noxxa.

3. Setelah masak, blendkan kacang merah dengan blender sampai sebati. Tapiskan kacang merah ke dalam kuali asing. Ini untuk asingkan kulitnya untuk mendapatkan pes yang lembut dan licin.

4. Dalam kuah kacang merah, masukkan gula, minyak masak, garam dan air bancuhan tepung. Gaulkan sebati pada suhu rendah selama 45 minit supaya kuahnya kering dan menjadi seakan akan pes pekat. Saya menggunakan api yang kecil jadi mengambil masa yang panjang.

5. Bila pesnya sudah selesai, ia tidak akan melekat pada kuali dan bentuknya tidak lari atau mudah cair. Bila pes sudah sejuk, masukkan ke dalam bekas dan simpan didalam peti sejuk.

6. Pes kacang merah ini sangat sesuai untuk dijadikan inti untuk pau, roti bun atau ditambah dalam pencuci mulut. Selamat mencuba.

Sambil itu, saya jemput kawan kawan semua untuk memberi saya sedikit sokongan di saluran Youtube saya Amoijamu. Silalah Like dan Subscibe kat Saluran saya. Makin banyak sokongan, makin bersemangatlah kita hasilkan kontent, menu dan berkongsikan tips yang menarik pada masa terdekat. Sokongan kawan-kawan semua amat saya hargai.

Pes Kacang Merah Boleh Buat Inti Pau

Resepi Oleh: Amanda Tan