Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Ikan Bilis Jering Tahan Lama

resepi-sambal-ikan-bilis-jering-tahan-lama

Resepi Sambal Ikan Bilis Jering Tahan Lama

Biasa buat Sambal bilis petai kali ni zie buat sambal bilis jering. Sedap makan dengan nasi panas-panas. Pek kemas dalam bekas kaca dan tutup rapat, tahan hampir sebulan simpan dalam peti sejuk.

Bahan kisar Untuk Ibu Sambal: (Pastikan kisar sparuh hancur je jangan sampai lumat)

  • 20 biji bawang merah
  • 4 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 15 biji cili padi hijau
  • 15 biji cili padi merah (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
  • 10 biji lada hijau besar
  • 10 biji lada merah besar

Bahan Berikutnya:

  • Minyak masak SAJI Malaysia secukupnya
  • Bilis mengikut banyak yang nak
  • Petai atau jering secukupnya

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sedang atau kecil hingga pecah minyak. Pastikan minyak lebih dari bahan kisar dengan ini akan buat sambal tahan lebih lama. Proses menumis agak makan masa hampir satu jam sebab zie guna api kecil. Sesekali kacau untuk elak dari hangus.

2. Sambal dah pecah minyak, ambil separuh sambal simpan dalam bekas bersih dah sejuk baru tutup dan Simpan dalam peti. Boleh guna bila-bila masa untuk masak apa-apa jenis lauk (sambal sotong, nasi goreng, ayam goreng sambal, ikan berlada dan lain-lain).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Viral Beger Malaysia ala Kayangan

3. Sambal yang berbaki dalam kuali boleh gaul bersama bilis yang telah digoreng separuh masak dan gaul juga bersama jering atau petai jika suka. Perasakan garam, gula, aji jika perlu kacau sebati. Kalau nak berkuah boleh masukkan sedikit air reneh hingga sebati. siap.

Resepi Sambal Ikan Bilis Jering Tahan Lama

Resepi Oleh: Aisyah Humaira