Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Bilis Rangup Simple

resepi-sambal-bilis-rangup-simple

Resepi Sambal Bilis Rangup Simple

Bahan-Bahan:

  • 3-4 genggam ikan bilis – yang dah siap kopek dan goreng betul-betul garing dan perang bukan hangus tau, toskan
  • 1 pcs asam keping
  • 2 sudu besar gula (membukit)
  • 1 sudu teh rata garam (kurang baru tambah, ikan bilis dah masin)
  • 1 sudu teh bahan perasa
  • 1 cawan air

Bahan Kisar:

  • 25 tangkai cili kering (tak suka pedas letak 20 tangkai ja)
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 3/4 cawan minyak masak
  • sejemput ikan bilis lebih kurang 2-3 sudu besar (kisar sekali tau)

+ Kisar semua bahan ini hingga halus

Cara Membuat:

1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali (jangan letak minyak dah tau sebab kita dah kisar bahan bersama minyak).

2. Masukkan pula gula, garam, bahan perasa dan asam keping. Tumis hingga sambal betul-betul garing dan berubah warna.

3. Masukkan air bila dah mendidih ganas dan kuah pekat. Sesuaikan rasa dan terus tutup api, biarkan dalam 5 minit.

4. Kemudian baru masukkan ikan bilis, kacau sekejap jer. Terus angkat sambal dan letak dalam bekas, siap! (boleh ceduk buang lebihan minyak).

Resepi Sambal Bilis Rangup Simple

Resepi Oleh: Mariana Zainal