
Resepi Sambal Sotong Dapur Mertua
“Mak balik dari ziarah kubur nanti, mak nak makan ko masak. Asyik orang tua je masak.. kali ni biar orang muda masak.”
“Tapi air tangan orang tua lagi sedap mak. Kalau saya masak biasa-biasa je.” Saya cuba buat lawak hambar.
” Ko masak dulu, nanti mak komplen sedap ke tak.” balas mertua dalam nada bergurau.
Maka, bersiap la saya memasak di dapur mertua (sebenarnya dapur nenek mertua, di kampung Masjid Tanah), jadi yang ada di dapur cuma bahan asas sahaja. Saya cuba la masak dengan sebaiknya. Sekejap karang rasa tawar, bila isi garam termasin pula dah. Huhu. Punya berdebar nak memasak untuk makan ramai-ramai. Kalau di dapur sendiri kemain rasa power, dapur rumah orang terus jadi kalut sikit.
Bahan-Bahan:
- Sotong
- 2, 3 ulas bawang merah dan bawang putih
- 5 sb cili kering kisar
- 1 sk serbuk kunyit
- 2 keping asam keping
- gula dan garam
- minyak masak
Cara Memasak:
1. Sotong segar beli pagi tadi. Saya siang tak buang kulit. Cume buang dakwat, mata dan bersihkan isi dalam sotong sebaiknya sebab taknak kuah ada rasa serpih-serpih.
2. Cili kering kisar mak mertua memang sediakan. Cili kering di rendam dalam air panas, toskan kemudian blend dengan minyak masak. Boleh buat simpan dalam peti untuk kegunaan bila-bila.
3. Panaskan minyak dan tumis semua bawang hingga naik bau. Masukkan 5 sudu besar cili kering kisar, masak hingga pecah minyak.
4. Seterusnya, masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit. Masukkan sotong. Gaul sebati dan biarkan masak sehingga jus sotong keluar, tak perlu tambah air.
5. Bila sambal sudah berkuah, masukkan 2 asam keping. Gaul sebati, citarasakan dengan garam dan gula. Ya ampun, saya boleh buat termasin tadi. Jadi terpaksa guna sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
Siap, mohon maaf andai terkurang.
Resepi Oleh: Zurina Zulkefli