Kek

Resepi Mudah Kek Pisang Chiffon Salju

resepi-mudah-kek-pisang-chiffon-salju

Resepi Mudah Kek Pisang Chiffon Salju

Kek Pisang Chiffon Salju. Minum petang yang ringkas dengan kek chiffon yang lembut dan ringan teksturnya. Aroma essen pisang dan rasa manis-manis pisang melengkapkan rasa. Taburan gula icing yang memutih bak salju seperti salji yang memutih di pergunungan Utara Pakistan. Nyaman sekali…

Bahan A:

  • 225 gm tepung gandum
  • 200 gm gula caster
  • 1/2 sudu garam halus
  • 1 sudu teh baking soda

Bahan B:

  • 2 biji pisang yang dilenyek hancur
  • 6 biji kuning telur
  • 150 ml susu kotak
  • 100ml minyak bunga matahari/jagung
  • 1/2 sudu teh essen pisang

Bahan C:

  • 6 biji putih telur
  • 100 gm gula caster

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 170 celcius dengan api atas bawah. Satukan kesemua bahan-bahan A dan kacau dengan whisk tangan sehingga serata. Masukan bahan B ke dalam campuran bekas Bahan A dan kacau sebati sehingga tidak berketul.

2. Di dalam bekas yang bersih dan kering yang lain, masukan putih telur dan pukul dengan whisk atau mixer sehingga kembang. Masukan gula kaster sedikit demi sedikit sehingga habis dan pukul putih telur sehingga bertanduk (diterbalikkan bekas, putih telur tidak jatuh).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mini Basque Burnt Cheesecake

3. Sendukkan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung dan gaul secara teknik kaup balik. Teruskan sehingga semua putih telur habis. Masukan adunan ke dalam acuan pembakar chiffon atau loyang pembakar biasa. Bakar kek selama 60 minit atau kek masak.

4. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan terbalikkan kek. Biarkan kek sejuk selama 2 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.

Resepi Mudah Kek Pisang Chiffon Salju

Resepi Oleh: Shirlyna Hassan