Ayam

Resepi Ayam Goreng Berkerak Rangup 3 Bahan

resepi-ayam-goreng-berkerak-rangup-3-bahan

Resepi Ayam Goreng Berkerak Rangup 3 Bahan

Duduk rumah? Anak asyik buka mulut nak makan je macam anak burung. Cuba buat ayam goreng berkerak cantik rangup ni. 3 bahan je puas hati. Perap malam pagi esok goreng dah.

1. Bersihkan 1 ekor ayam dikerat 18. Toskan.

2. Perap ayam lima jam dengan 2 senduk tepung bestari original. Tambah sedikit air. Campuran tak terlalu pekat atau cair.

3. Campurkan ketiga-tiga tepung di bawah;

  • 500 gram tepung bestari original
  • 100 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung beras

Gaul rata semua bahan.

4. Ayam yang sudah diperap tadi dilumur tepung di atas satu persatu. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.

5. Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Untuk memastikan ayam masak sekata. Tutup sementara ayam digoreng untuk mengekalkan kelembapan isi ayam.

6. Goreng dalam api sederhana kuat sehingga ayam berwarna kuning keemasan sebelum diangkat. Siap. Tengok hasil dia memang geram sangat kan.

Resepi Ayam Goreng Berkerak Rangup 3 Bahan

Resepi Oleh: Ben Safwan